Panas !!! Ketua Pemuda Bersatu sanggah pandangan Mufti Perlis berhubung solat Aidilfitri

Panas !!! Ketua Pemuda Bersatu sanggah pandangan Mufti Perlis berhubung solat Aidilfitri

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tidak bersetuju dengan gesaan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar solat Aidilfitri dibenarkan pada 1 Syawal ini.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu berkata, cabaran sebenar bukan sewaktu solat tapi pergerakan sebelum dan selepas solat khususnya melibatkan warga emas.

“Dari segi awlawiyat dan rukhsah eloklah kita hadkan seperti yang telah diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

“Kita tetap menunaikan Maqasid al-Shari’ah dalam menjaga agama (hifz al-din) dan nyawa (hifz al-nafs).

“Mohon tidak bersetuju dengan Sahib al-Samahah Dr. MAZA (Dr Mohd Asri Zainul Abidin),” kata Wan Ahmad Fayhsal dalam hantaran di Facebook sebentar tadi.

Dua jam sebelum reaksi timbalan menteri berusia 34 tahun itu, Dr MAZA berharap agar solat Hari Raya di masjid dan surau dibenarkan pada lusa.

Beliau turut berkongsikan protokol kesihatan berhubung aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal seperti joging, berbasikal dan senaman yang dibenarkan.

“Jika senaman di kawasan terbuka dengan mengamalkan penjarakan fizikal dibolehkan, harap tiada halangan untuk solat Hari Raya di kawasan terbuka dengan mengamalkan penjarakan fizikal.

“SOP (prosedur operasi standard) semasa solat tidak bersentuhan dan dijarakkan,” kata Dr Mohd Asri lagi.

Untuk rekod, kerajaan tidak membenarkan solat Hari Raya di masjid dan surau di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperketat (PKPD).

Sehingga 4 Mei lalu, solat sunat itu hanya dibenarkan dalam kawasan PKP, PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/timbalan-menteri-tidak-setuju-gesaan-mufti-untuk-solat-aldilfitri/