Panas !!! Kes harian Covid-19 Sabah bakal atasi Selangor?

kes

Kes harian Covid-19 Sabah bakal atasi Selangor. Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking memberi amaran kadar vaksinasi rendah di Sabah, disusuli jumlah jangkitan Covid-19 naik mendadak bakal menjadikan negeri ini paling teruk terjejas di negara ini.

“Kadar vaksinasi rendah dan trend jangkitan semasa berisiko menjadikan Sabah mengatasi Selangor dari segi kematian membabitkan Covid-19,” katanya yang juga bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, dalam kenyataan, di sini.

“Lebih-lebih lagi kita berterusan merekodkan peningkatan kes harian baharu, selain mengambil kira kedaifan fasiliti kesihatan di Sabah yang teruk terabai sejak berdekad lamanya”.

Sehingga kini, Sabah mencatatkan 952 kematian, termasuk 17 lagi maut dalam tempoh 24 jam lalu. Jumlah kematian tertinggi bagi sehari direkodkan pada 12 Ogos lalu, membabitkan 28 kematian, sebagai perbandingan, Selangor merekodkan lebih 5,100 kematian setakat ini.

Keseluruhannya, bagi tempoh 24 jam lalu, sebanyak 3,376 kes jangkitan dikesan, di mana 902 kes lebih tinggi berbanding semalam. Jumlah jangkitan harian hari ini adalah rekod tertinggi dan pertama kali kes jangkitan mencapai angka 3,000 kes.

kes

Justeru, bermula 30 Julai lalu hingga hari ini, sebanyak 45,186 kes jangkitan direkodkan berlaku di Sabah. Jumlah keseluruhan kes wabak di negeri ini adalah 127,806 kes. Lebih 10% atau membabitkan 13,877 kes baharu dilaporkan untuk lima hari terakhir lalu.

Sementara itu, sehingga semalam, 53.3% populasi dewasa di Sabah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, manakala 31.4% sudah lengkap divaksin. Bagaimanapun, jumlah vaksinasi terbabit masih rendah di negara ini.

Leiking yang juga Ahli Parlimen Penampang, memohon Perdana Menteri Ismail Sabah Yaakob, memberi maklum balas segera berkenaan dakwaan vaksin Covid-19 daripada kerajaan persekutuan tidak tiba ke Sabah mengikut jadual.

Katanya, Ismail yang juga bekas pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN), sepatutnya menyedari jaminan dibuat bekas menteri bertanggungjawab ke atas vaksin, Khairy Jamaluddin, kepada Ketua Menteri Hajiji Noor, membabitkan vaksin CanSino sebelum ini.

Katanya, Khairy sudah mengadakan perjanjian dengan Hajiji bahawa negeri ini akan diberi keutamaan di mana 3 juta dos tunggal CanSino tiba ke negara ini bulan ini.

Leiking memetik laporan media pada 12 Ogos lalu, yang menyatakan Hajiji dilaporkan berkata, sejumlah 200,000 dos dijangka tiba ke Sabah minggu selepasnya.

“Seterusnya pada 20 Ogos lalu, jumlah dos sama membabitkan vaksin CanSino tiba di Kuala Lumpur dari China dan ketibaan vaksin itu menerima laporan meluas media.

“Jadi, soalannya, sekiranya kerajaan negeri diketuai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah menerima 200,000 dos dan sudah menggunakan sepenuhnya dos terbabit bagi tempoh tiga hari, atau negeri ini sebenarnya menerima jumlah dos kurang?” katanya.

Beliau berkata, sekiranya GRS bercita-cita tinggi mahu memvaksinasi 50,000 penduduk Sabah sehari dan kumpulan 200,000 dos vaksin CanSino sudah diterima, tidakkah kesemua vaksin itu habis diagihkan bagi tempoh empat hari.

“Jadi, apakah langkah seterusnya? Adakah GRS sekadar duduk sahaja dan menunggu giliran kita menerima kumpulan vaksin seterusnya daripada kerajaan persekutuan?” katanya.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/24/sabah-berisiko-mengatasi-selangor-jika-kadar-vaksinasi-kekal-rendah/

BACA: Hanya individu lengkap vaksin boleh kunjungi pasar malam