Panas !!! Kerajaan Sabah tolak cadangan Timbalan Menteri Pas

Panas !!! Kerajaan Sabah tolak cadangan Timbalan Menteri Pas

Kerajaan Sabah tolak cadangan Timbalan Menteri Pas.Kerajaan Sabah hari ini menyatakan penolakan mereka kepada cadangan Putrajaya memperkenalkan akta baru bagi mengekang penyebaran dan pengembangan agama selain Islam.

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata pendirian itu diambil berdasarkan kepada situasi Sabah yang mempunyai pelbagai kaum dan agama namun tetap hidup aman damai sejak sekian lama.

Walaupun mempunyai pelbagai kaum dan anutan kepercayaan masing-masing, katanya, penduduk Sabah mengamalkan sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan tiada masalah timbul.

Menurut Hajiji lagi kepelbagaian kaum dan agama itulah yang menjadi tonggak perpaduan rakyat di Sabah.

“Maka Sabah menolak cadangan kerajaan Pusat untuk memperkenalkan Rang Undang-undang (RUU) Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam,” katanya hari ini.

Dalam kenyataan sama Hajiji menambah Sabah berpegang kepada prinsip kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

 Sabah

Dua hari lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary menyatakan Putrajaya merancang untuk menggubal empat undang-undang syariah baru, termasuk berkaitan sekatan penyebaran agama lain di Malaysia.

Kata ahli parlimen Pengkalan Chepa itu cadangan tersebut adalah sebahagian daripada rancangan kerajaan pusat untuk memperteguh undang-undang syariah di Malaysia, terutama di Wilayah Persekutuan.

Tiga RUU lain yang dicadangkan ialah RUU Wakaf, RUU Mufti dan RUU Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar mendedahkan cadangan itu belum dibawa ke kabinet untuk dibincangkan.

Katanya sebelum RUU itu boleh dibentangkan di parlimen, ia mesti dipersetujui oleh semua negeri terlebih dulu.

Pada masa sama untuk rekod kebanyakan negeri memangnya sudah mempunyai enakmen yang melarang orang bukan Islam mengembangkan ajaran mereka dalam kalangan orang Islam.

Ketika ini hanya Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang masih belum memiliki undang-undang yang berkaitan.

Malaysiakini difahamkan RUU itu kemungkinan besar akan mengambil kira kesalahan yang dilakukan di alam maya, iaitu laman web dan media sosial, selain penambahan perkataan serta perbahasan yang dilarang terhadap golongan bukan Islam.

Berikutan kenyataan Ahmad Marzuk itu, sebuah kumpulan yang mewakili agama utama mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk memberikan penjelasan berkaitan isu itu terutamanya mengenai undang-undang yang menyasarkan orang bukan Islam.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/590694

BACA: Terkini !!! Sumber dalaman dedah kelonggaran rentas negeri bakal diumum dalam masa terdekat