Kerajaan PN tak gagal tapi Zahid yang gagal, kata Bersatu

Kerajaan PN tak gagal tapi Zahid yang gagal. Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, diselar akibat kegagalan memahami sentimen rakyat yang semakin muak dengan politik berlebihan, selain gagal memanfaatkan ramai tokoh parti berkenaan berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata, dakwaan kerajaan PN adalah sebuah kerajaan gagal oleh Ahmad Zahid, turut ditempelak, atas alasan gagal menjaga perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan parti politik Melayu- Islam.

“(Ahmad Zahid) gagal memahami bahawa rakyat semakin muak dengan politik berlebihan, gagal memanfaatkan sebegitu ramai tokoh Umno yang berada dalam kerajaan untuk kita semua bersama-sama memberi tumpuan berkhidmat untuk rakyat dan gagal meletakkan agenda rakyat lebih tinggi daripada agenda peribadi.

kerajaan PN

“Gagal memahami bahawa rakyat menuntut sebuah kerajaan yang prihatin dan mendahulukan keperluan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Umno malam semalam secara rasmi menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin dan mahu presiden Bersatu itu meletakkan jawatan.

Perkara itu diumumkan Zahid pada sidang media seusai mesyuarat lebih empat jam Majlis Kerja Tertinggi Umno, melewati tengah malam.

Zahid berkata, MKT membuat keputusan itu selepas mendapati Muhyiddin gagal memuaskan garis panduan yang ia tetapkan pada 11 Mac 2020 sebagai syarat meneruskan sokongan kepada Muhyiddin.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata tuduhan Ahmad Zahid, semalam, hanya ulang suara tohmahan sering disebut pembangkang, terutama PKR dan DAP.

Katanya, pelbagai bentuk bantuan telah dikeluarkan oleh kerajaan dalam rangka membela nasib rakyat dan membina semula ekonomi negara, dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500 bilion setakat ini.

“Tidak pernah ada pakej bantuan yang lebih tinggi daripada apa yang dikeluarkan oleh kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin, baik dari segi menjaga kebajikan rakyat mahupun memberi suntikan kepada pembinaan semula ekonomi.

“Pelan Pemulihan Negara pula menggariskan dengan jelas strategi untuk membawa negara keluar daripada belenggu wabak Covid-19 menerusi vaksinasi,” katanya.

Beliau berkata, pada penghujung Julai, bekalan vaksin dijangka meningkat ke 16 juta dos dengan pemberian vaksin harian juga meningkat kepada lebih 300,00 dos sehari,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/08/kerajaan-pn-tak-gagal-zahid-yang-gagal-kata-bersatu/

BACA JUGA : Panas !!! Kerajaan gagal? Umno juga sebahagian kerajaan, kata Faizal