Panas !!! Kerajaan PN sudah tidak mampu biaya pakej rangsangan?

Panas !!! Kerajaan PN sudah tidak mampu biaya pakej rangsangan?

Kerajaan PN sudah tidak mampu biaya pakej rangsangan? Kerajaan berkemungkinan tidak dapat membiayai pakej rangsangan semasa atau pakej lain akan datang berikutan kekangan yang dihadapi Putrajaya, kata Fitch Solutions.

Agensi penarafan antarabangsa di bawah Fitch Group itu menyatakan bahawa Putrajaya telah mengumumkan lima pakej rangsangan dengan nilai RM72 bilion pada 2020 manakala dua lagi pelan baharu pada tahun ini membabitkan nilai sebanyak RM35 bilion.

“Bagaimanapun, kerajaan Malaysia sudah sampai ke tahap di mana ia tidak lagi mampu membiayai pelan semasa, atau pelan baharu pada masa hadapan,” katanya dalam satu laporan prospek pengguna Malaysia.

Laporan itu menyebut, mana-mana langkah rangsangan diumumkan Putrajaya dalam tempoh beberapa minggu lagi mungkin tidak begitu besar berbanding apa yang diumumkan tahun lalu, biarpun pakej rangsangan tahun lalu lebih kecil jika dibandingkan dengan negara seperti Singapura dan Hong Kong.

Kerajaan

“Beban hutang awam yang tinggi berkemungkinan memberi kesan negatif terhadap sentimen pelabur terhadap Malaysia dan boleh meningkatkan lagi kos pinjamannya.

“Kami menekankan perkara ini sebagai risiko ketara kepada pengguna Malaysia yang mungkin berdepan sekatan selama enam bulan lagi disusuli dengan kehilangan pekerjaan serta potongan gaji,” katanya.

Kerajaan berkemungkinan tidak dapat membiayai pakej rangsangan semasa atau pakej lain akan datang berikutan kekangan yang dihadapi Putrajaya, kata Fitch Solutions.

Ia meramalkan pemulihan terhadap perbelanjaan pengguna akan berpanjangan sehingga 2022 disebabkan penolakan akibat tekanan ekonomi berkaitan kesan Covid-19, sekatan berterusan terhadap sektor peruncitan bukan keperluan, sekatan pergerakan dan ruang fiskal yang terhad untuk pembaharuan semula sokongan.

Fitch Solutions berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terbaharu dan yang masih berterusan akan menyebabkan peningkatan kadar pengangguran sekali gus menjejaskan prospek pemulihan terhadap permintaan domestik manakala perbelanjaan kerajaan juga tidak menunjukkan sokongan yang bermakna.

Ia juga mengkaji unjuran perbelanjaan isi rumah yang sebenar kepada 3.0% tahun ke tahun pada 2012 berbanding 11% pada sebelum ini, biarpun ia adalah pemulihan daripada penguncupan 3.7% yang dianggarkan pada 2020.

“Kami juga memerhatikan bahawa sekatan perjalanan antara daerah dan negeri dalam Lembah Klang, yang membabitkan sekitar 60% jualan runcit dalam negara ini, akan melambatkan pemulihan.

“Bagaimanapun, sekatan ini akan terus mempercepatkan pengembangan sektor e-dagang dalam negara.

“Indeks jualan runcit dalam talian, yang menunjukkan aktiviti e-dagang akan terus berkembang kepada 23.1% tahun ke tahun.”

Walaupun tekanan inflasi meningkat di seluruh dunia, Fitch Solutions meramalkan inflasi akan kekal sederhana di Malaysia pada paras 1.3% dan 1.9% tahun ke tahun masing-masing pada 2021 dan 2020.

Akhirnya, Fitch Solutions berkata pemulihan pengguna negara amat bergantung kepada program vaksinasi yang disifatkannya sebagai agak perlahan.

“Usaha vaksinasi masih dilihat perlahan biarpun Kementerian Kesihatan sudah memulakan Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang mana sekitar 60% hingga 70% penduduk perlu diberi vaksin bagi mencapai imuniti kelompok.

“Setakat 11 Julai lalu, kira-kira 24.2% rakyat Malaysia sudah menerima satu dos suntikan vaksin,” katanya.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/22/kerajaan-mungkin-tak-mampu-biaya-pakej-rangsangan-semasa-kata-fitch-solutions/

jika terlepas: Sidang khas parlimen hanya helah PN kaburi mata rakyat – Tun M