Panas !!! Kerajaan Pas Terengganu dilanda krisis keyakinan rakyat

Panas !!! Kerajaan Pas Terengganu dilanda krisis keyakinan rakyat

Baru baru ini Pengarah Yayasan Terengganu dan beberapa pegawainya telah ditahan oleh SPRM atas siasatan projek pelitup muka bernilai RM9 juta oleh syarikat dimiliki warga Bangladesh.

Berita terkini tersebar seorang EXCO Terengganu mendapat hadiah Proton X70 dari syarikat yang tersebut.

Persoalan orang ramai kenapa kes pegawai pegawai kerajaan yang disiasat digembar gemburkan sementara isu EXCO kerajaan PAS dalam kes yang sama tidak mendapat liputan yang sama seolah olah ia ingin disembunyikan!

Pegawai kerajaan dah bosan dan sangat tidak berpuas hati kenapa hanya mereka sentiasa dikambing hitamkan dan didedah serta diburukan sementara orang politik PAS cuba dilindungi.

Rakyat umumnya sangat menentang rasuah dan bertanya apakah Menteri Besar Terengganu cuba menutup siasatan serta kesalahan EXCO, ahli politik dan penyokong penyokong PAS?

Sebelum ini ada juga isu isu kontroversi ahli Majlis PAS, pegawai lantikan PAS dan penyokong kuat parti yang didakwa terlibat salahlaku tetapi telah didiamkan.

Bukankah sebuah kerajaan yang mengakui diri kerajaan Melayu Islam sepatutnya menuntut keadilan untuk semua walaupun yang menglibatkan ahli parti sendiri?

Isu lesen balak, lesen pasir dan kontrak berleluasa hari ini di Terengganu.

Inilah yang membuat rakyat tertekan dan bangkit menyoal di manakah letaknya Melayu Islam dalam kerajaan Terengganu di bawah Menteri Besar hari ini?

Rakyat sedang menghadapi lebih tekanan di tengah tengah lockdown yang menyekat mata pencarian mereka. Tiba tiba timbul komen, kononnya akibat “stress”, dari seorang yang di katakan ahli keluarga terdekat Menteri Besar, yang memarahi rakyat yang didakwa memberi tekanan kepada Menteri Besar.

Oleh kerana rakyat mengelar “kerajaan gagal” di Terengganu, waris terdekat Menteri Besar tersebut telah memanggil rakyat dengan tanda pagar #rakyatsampah “.

Ungkapan hina tersebut tidak patut dikeluarkan kerana rakyat yang mengundi berhak menegur sesuatu yang dianggap “gagal” mencapai matlamat kerajaan yang baik.

Seorang juara dunia sekali pun boleh “gagal” melaksanakan sesuatu kalau ia tidak mengambil sikap tumpuan dan keprihatinan bersungguh sungguh dalam tugas yang di hadapinya.

Tetapi istilah “sampah” terhadap rakyat agak keterlaluan dan amat menghinakan kepada rakyat yang hanya menuntut hak pembelaan nasib mereka baik dalam waktu krisis atau dalam keadaan biasa.

Untuk mendapat keyakinan dan kepercayaan rakyat bahawa Kerajaan Terengganu adalah sebuah kerajaan Melayu Islam tulen, Menteri Besar perlulah memastikan keadilan sebenar dilaksanakan tidak kira seseorang itu Exco, ahli politik atau ahli parti terdekat.

Buat masa ini terlalu banyak ahli dari golongan kerajaan Terengganu terlibat dalam isu isu kontroversi tawaran kontrak, pembalakan dan perlombongan serta salah guna kuasa.

Jangan menyalahkan rakyat. Apabila kita berani menggelar negeri Terengganu kerajaan Melayu Islam, kita berusahalah pula membuktikan kita mematuhi syarat syarat menepati sebuah kerajaan Islam tulen yang adil dan saksama.

Sumber: