Panas !!! Kerajaan Melaka tumbang, Idris Haron bakal Ketua Menteri baru?

Beberapa lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Melaka dijangka akan turut menarik sokongan daripada Ketua Menteri Sulaiman Md Ali daripada BN.

Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi mengesahkan perkara itu tetapi enggan mendedahkan perincian lanjut.

“Kami yakin ada lagi akan bersama membentuk kerajaan negeri (baru) dalam kerangka perubahan” katanya yang juga seorang peguam.

Shamsul berkata, perkara itu dijangka diumumkan sebelum proses menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka Mohd Ali Mohd Rustam, yang dijangka dalam masa terdekat.

“Kerajaan Melaka telah tumbang.

“Berdasarkan duluan di peringkat pusat dalam kes (perdana menteri sebelum ini) Muhyiddin Yassin, ketua menteri akan meletakkan jawatan,” katanya.

Kerajaan Melaka tumbang, Idris Haron bakal Ketua Menteri baru?

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Shamsul Iskandar menjangkakan teka-teka pembentukan kerajaan baru di Melaka akan tamat tidak lama lagi.

Bekas ketua menteri Idris Haron yang juga Adun Sungai Udang awal petang ini mengumumkan bahawa dia dan tiga lagi wakil rakyat (bawah) hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Sulaiman Md Ali dan kepimpinan kerajaan.

Mereka bersama 11 lagi Adun Pakatan Harapan (PH) juga memohon untuk menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, dijangka bagi mempersembahkan majoriti bagi membentuk kerajaan baru.

PH mempunyai 11 daripada 28 Adun di Melaka – masing-masing tujuh daripada DAP, dua dariapda PKR sementara dua lagi daripada Amanah.

Dengan sokongan empat Adun yang beralih arah hari ini, mereka mempunyai majoriti tipis untuk membentuk kerajaan baru.

Sementara itu, berkaitan calon Ketua Menteri baru, Malaysiakini difahamkam Idris menjadi calon tunggal ketua menteri bagi PH dan kumpulan empat Adun itu.

Pemilihan itu dibuat atas dasar “taktikal” politik bagi menarik lebih ramai Adun BN supaya kerajaan yang dibentuk lebih kukuh.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/593998

BACA JUGA : Terkini !!! Kerajaan Melaka tumbang, PH bakal menghadap TYT

COMMENTS

Wordpress (0)