Kerajaan gagal? Umno juga sebahagian kerajaan, kata Faizal

Kerajaan gagal? Umno juga sebahagian kerajaan, kata Faizal

Kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin disebabkan kerajaan gagal turut mencerminkan kegagalan Umno yang menjadi sebahagian kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, berkata perkara itu jelas kerana kerajaan PN tidak terbentuk sendiri sebaliknya dengan kerjasama banyak pihak.

“Saya faham kenyataan beliau (merujuk kenyataan Zahid yang menyatakan tujuh sebab Umno menarik balik sokongan).

kerajaan gagal

“Sebab yang disebut seolah-olah menyatakan secara terbuka kegagalan Umno sendiri dalam menangani Covid kerana menteri daripada Umno juga adalah sebahagian daripada kerajaan,” katanya kepada FMT.

Faizal yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata, perkara paling utama dilakukan semua pihak ketika ini adalah terus memberikan fokus dalam mendepani pandemik Covid-19.

“Saya berpendirian, untuk kekal memberi tumpuan kepada usaha melawan pandemik Covid dan berusaha mengembalikan kesejahteraan ekonomi kepada semua serta menaikkan indeks kebahagiaan rakyat,” katanya.

Terdahulu, The Star melaporkan Timbalan Presiden Bersatu itu tidak goyah dengan kenyataan Zahid yang menganggap kerajaan PN gagal dan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.

Ahli Parlimen Tambun yang juga bekas menteri besar Perak itu berkata, kenyataan Zahid juga tidak bermakna kerana Muhyiddin dilantik berdasarkan sokongan Ahli Parlimen dan bukan parti.

Dalam kenyataannya, Zahid berkata Umno menyenaraikan tujuh sebab kenapa ia menarik balik sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri, dan semua sebab itu berkait “kegagalan” kerajaan.

Zahid berkata, Muhyiddin gagal memuaskan garis panduan yang ditetapkan pada 11 Mac 2020 sebagai syarat meneruskan sokongan kepada kerajaan beliau.

Antara tujuh sebab itu adalah gagal menangani Covid-19 secara berkesan, tidak dapat mengurus bantuan kepada rakyat dengan baik, dan memperkotak-katikkan titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang terpaksa berulang kali mengeluarkan kenyataan media supaya Parlimen dibenarkan bersidang.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/08/pn-gagal-umno-pun-sama-kerana-ia-sebahagian-kerajaan-kata-faizal/

BACA JUGA : Terkini !!! Muhyiddin kekal Perdana Menteri, kata Peguam Negara