Panas !!! Kerajaan dilapor gagal bayar balik sukuk kepada pelabur

Kerajaan dilapor gagal bayar balik sukuk kepada pelabur. Kerajaan membuka tirai tahun baru dengan kegagalan yang memalukan. Sukuk ini matang pada 31 Disember 2021. Tetapi, selepas tamat tempoh matang, kerajaan masih gagal membayar para pelabur yang membeli sukuk tersebut. Perkara ini didedahkan oleh portal berita The Malaysian Sentinel.

Difahamkan dari lapuran tersebut bahawa kerajaan cuba melanjutkan tempoh matang sukuk tersebut tetapi ditolak oleh para pelabur. Ini adalah pertama kali kegagalan seperti ini berlaku sejak krisis kewangan 1997.

Kegagalan kerajaan membayar hutang dalam bentuk sukuk ini akan menjejaskan keyakinan para pelabur terhadap iklim ekonomi Malaysia. Ia juga akan menurunkan penarafan kredit negara di peringkat antarabangsa. Penarafan kredit yang rendah akan meningkatkan kos hutang ke atas kerajaan.

Kerajaan Malaysia sudah sememangnya tenat dengan hutang sejak krisis 1MDB. Walaupun pentadbiran singkat kerajaan PH telah berjaya menstabilkan kedudukan kewangan kerajaan, perubahan kerajaan yang berlaku mendadak telah kembali mengubah keadaan tersebut.

Pentadbiran kerajaan di bawah TS Mahiaddin Yasin telah berbelanja dengan boros dan kembali menambah hutang negara ke paras yang merbahaya. Ini diteruskan oleh kerajaan di bawah pimpinan DS Ismail Sabri Yaakob.

BACA JUGA :
Setelah sekolah vernakular, kerajaan dijangka iktiraf UEC pula?
Idea kerajaan import ayam dari luar untuk kurangkan harga akhirnya gagal
Youtuber kritik cara kerajaan tangani PKP didakwa di mahkamah

Artikel ini disiarkan pada 05/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)