Panas !!! Keluar kenyataan tolak Sulaiman, ini penjelasan Rauf

Keluar kenyataan tolak Sulaiman, ini penjelasan Rauf. Umno Bahagian Masjid Tanah menafikan pernah mengeluarkan kenyataan menolak pelantikan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka.

Ketuanya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menyifatkan tindakan menyebarkan kenyataan palsu itu sebagai fitnah pihak tidak bertanggungjawab itu memburukkan imej kepemimpinan Umno bahagian terbabit.

“Itu palsu, ‘fake’ dan fitnah. Semalam saya sudah menyatakan sokongan kepada Sulaiman sebagai Ketua Menteri Melaka menerusi sidang media, itu sudah jelas (menyokong pelantikan ketua menteri),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

 kenyataan

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

Menurut laporan dari Harian Metro Sejak hari ini, tular di media sosial kenyataan menggunakan kepala surat Umno Bahagian Masjid Tanah bertajuk ‘Menolak Pencalonan Datuk Seri Sulaiman Md Ali Sebagai Ketua Menteri ke-13 Yang Baru’.

Antara kandungan kenyataan itu termasuk Umno bahagian itu terkilan tindakan tergesa-gesa pelantikan berkenaan tanpa ada perbincangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu lalu.

Turut dinyatakan dalam kenyataan berkenaan, pelantikan Sulaiman itu didalangi oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu, kenyataan itu menyebut Umno bahagian menolak pelantikan itu dan tidak teragak-agak mengusulkan kepada Adun Tanjung Bidara (Ab Rauf) untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Sulaiman.

BACA: Fitnah jual tanah : Bekas Pengerusi BN minta maaf kepada Guan Eng di Mahkamah

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA: Panas !!! Keluar kenyataan tolak Sulaiman, ini penjelasan Rauf […]