Panas !!! Kediaman Muhyiddin sibuk dengan kunjungan para Menteri

Kediaman

Kediaman Muhyiddin sibuk dengan kunjungan para Menteri. Kenderaan dipercayai milik menteri dilihat keluar masuk dari kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang Sabtu.

Antara kenderaan yang dilihat memasuki kediaman tersebut adalah milik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun pada jam 4.46 petang dan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz pada jam 3.30 petang.

Kediaman

Sementara itu, kenderaan dipercayai milik Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat keluar pada jam 5.17 petang tadi.
Kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini tidak putus-putus dikunjungi anggota Kabinet sepanjang hari ini.

Antara yang dilihat hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas); dan Datuk Seri Redzuan Md Yusof.

Turut kelihatan Penasihat Khas Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; dan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) ketika ditemui berkata, beliau hadir ke kediaman Muhyiddin untuk mesyuarat pengurusan Bersatu.

Enggan mengulas lanjut mengenai mesyuarat tersebut serta perkembangan terkini Bersatu, katanya, parti akan mengeluarkan kenyataan kelak.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/155586/BERITA/Nasional/Kenderaan-milik-menteri-dilihat-keluar-masuk-kediaman-Muhyiddin

BACA: Panas !!! Pas adakan mesyuarat tergempar petang ini