Panas !!! Kecoh darah bekam berubah ikut jenis vaksin, padu jawapan doktor ini

Kecoh darah bekam berubah ikut jenis vaksin, padu jawapan doktor ini. Kecoh di media sosial apabila seorang individu yang melakukan aktiviti bekam mendakwa warna darah berubah mengikut jenis vaksin yang diambil.

Menerusi hantaran di Facebook, pemilik akaun itu mendakwa perubahan warna darah itu diambil selepas individu yang baru divaksin menjalani proses bekam.

Dakwanya, darah penerima Sinovac bertukar menjadi nanah manakala vaksin jenis Pfizer pula berubah menjadi air kencing.

BACA JUGA : Gempar !!! Darah bertukar jadi nanah lepas disuntik Sinovac?, Ini penjelasannya

Posting individu itu telah menarik perhatian pakar perubatan iaitu Dr Khairul Hafidz untuk tampil menjelaskan situasi sebenar mengapa warna darah itu berubah seperti yang didakwa. Katanya, bidang bekam bukan dalam kepakarannya namun dia tidak menentang selagi tidak membahayakan diri.

Bagaimanapun, tegasnya, dia perlu memperbetulkan salah faham yang timbul kerana telah membuatkan orang ramai berasa takut.

Dedah Dr Khairul lagi, ada segelintir yang percaya dengan melakukan proses bekam mampu membuang cecair vaksin yang disuntik di dalam badan.

BACA JUGA : Pegawai polis ini tunjuk tips mudah dan selamat elak Whatsapp kena hack

Saya tak boleh brain macam mana lah ada orang boleh terpengaruh dengan dakyah berbekam boleh buang vaksin dalam badan.

Saya serius mahu tahu bagaimana mereka ada proses fikir tersebut. Tak ke rasa punya lah tak logik idea tersebut?

Dalam pada itu, seorang lagi pakar perubatan, Dr Latif Saad menjelas cecair warna kuning yang didakwa nanah itu sebenarnya lemak. Katanya, plasma itu berubah kepada warna kuning kerana kandungan lemak banyak dalam darah.

Selalunya kalau kita ambil darah dan campur dalam tabung uji, darah tu akan mendap dan menghasilkan bahagian plasma dibahagian atas yg selalunya berwarna kuning seperti ‘Air kencing’ dan juga bahagian bawah berwarna merah iaitu mempunyai sel darah merah.

kecoh

Terkadang jika terlampau banyak lemak di dalam darah, ia akan menjadikan plasma itu berwarna kuning seperti nanah. Sebenarnya warna kuning itu adalah lemak. So, sampel darah yg ditunjukkan lepas bekam tu adalah sampel darah yg normal. Kalau orang tak vaksin pun akan menghasilkan keputusan yg sama. ia tiada kaitan dgn vaksin sebenarnya

Sumber : https://ohbulan.com/konon-darah-bekam-berubah-ikut-jenis-vaksin-ini-kata-doktor-warna-kuning-itu-lemak-bukan-nanah