Panas !!! Kayu balak saiz luar biasa dari Terengganu yang tular rupanya dapat lesen

Panas !!! Kayu balak saiz luar biasa dari Terengganu yang tular rupanya dapat lesen

Kayu balak bersaiz luar biasa yang diangkut dengan treler seperti tular di laman sosial pada Ahad, diambil dari kawasan usahasil berlesen.

Pengarah Perhutanan Terengganu, Roslan Rani berkata, kayu balak berkenaan diambil dari kompartmen 80 Hutan Simpan Sungai Nipah dan dibawa keluar melalui kawasan lesen ke Kilang Papan Lanjut Edaran di Durian Mas, Dungun.

Beliau berkata, kayu balak berkenaan dibawa keluar secara sah mengikut peraturan yang berkuatkuasa serta melalui Balai Pemeriksaan Hutan Air putih melibatkan empat Pas Pemindah.

“Pada 10 Mei lalu, satu permohonan telah dibuat oleh pelesen iaitu Syarikat Zee Utuh Enterprise kepada Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan untuk memindahkan kayu itu ke Kilang Hong Seng Sawmil Co di Rawang. Ia diluluskan pada 18 Mei lalu.

“Empat tual balak telah dikeluarkan melibatkan satu di Balai Pemeriksaan Durian Mas pada 23 Mei lalu menggunakan lori pengangkutan balak bernombor pendaftaran BQB 5512,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Roslan, kawasan tersebut sudah diluluskan bagi tujuan tersebut sejak tahun 2017.

“Lesen pula berkuatkuasa pada Ogos 2019 hingga Ogos 2020 dan diberi pelanjutan sehingga April 2021 untuk tujuan berkenaan.

“Kelulusan kawasan dan kuatkuasa lesen adalah perkara berbeza. Ini perlu difahami semua pihak dengan teliti. Bagi isu ini, kawasan diluluskan pada tahun 2017, kemudian baru dilesenkan kepada syarikat terlibat pada tahun 2019,” jelasnya.

Beliau juga menolak dakwaan pihak tertentu yang mendakwa kayu balak bersaiz besar itu tidak dikenakan cukai berikutan Balai Pemeriksaan Hutan ditutup pada Ahad.

Jelas beliau, Balai Pemeriksaan Hutan di negeri ini dibuka pada hari tersebut bermula jam 8 pagi hingga 5 petang dan penafsiran cukai telah dibuat di Balai Pemeriksaan Durian Mas, Dungun.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/140281/BERITA/Semasa/Kayu-balak-saiz-luar-biasa-diambil-dari-kawasan-berlesen