Panas !!! Jajaran baharu libatkan 4 blok demi kestabilan politik

Media

Empat kumpulan utama parti-parti politik Malaysia iaitu Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu membentuk jajaran baharu antara mereka bagi menstabilkan politik Malaysia sehingga PRU 15.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, tanpa jajaran baharu dan penglibatan semua empat gabungan parti ini, politik Malaysia tidak akan stabil.

“Buat masa sekarang, semua empat gabungan politik yang berdaftar secara rasmi iaitu PN, BN, PH dan GPS tidak cukup kuat untuk berdiri sendiri.

jajaran

“Ini atas nama gabungan rasmi, apatah lagi atas kapasiti parti politik tunggal, sudah tentu lebih lemah lagi.

“Untuk keluar daripada kemelut ini, parti-parti perlu merintis jajaran politik baru untuk membentuk kerajaan yang lebih stabil, sekurang-kurangnya sehingga PRU boleh diadakan,” kata beliau menerusi facebooknya.

Bagi beliau, sama ada PN sebagai kerajaan semasa, PH sebagai pembangkang, atau BN yang yang entah kerajaan atau pembangkang buat masa sekarang, mereka boleh merintis kerjasama politik baru yang lebih kukuh.

“Inilah antara strategi yang boleh dibuat untuk memastikan ada satu gabungan politik yang mempunyai sokongan majoriti untuk memerintah negara.

“Jika tidak, ketidakpastian ini akan terus berlanjutan, sedang rakyat terus membilang kematian,” kata beliau.

SELESAIKAN SEBELUM SEPTEMBER

Bagi beliau, dengan perkembangan terkini, agak lama sebenarnya untuk negara berada dalam situasi tidak menentu sementara menunggu September.

“Lebih baik isu keabsahan kerajaan ini diselesaikan lebih awal supaya pemimpin boleh fokus sepenuhnya terhadap isu-isu rakyat dan negara.

“Seri Paduka Baginda YDPA juga sudah pasti mengikuti perkembangan semasa ini dengan cermat, baginda seorang ketua negara yang sangat berhemah dan teliti.

“Mungkin dalam masa terdekat ini akan ada titah-titah baru daripada baginda untuk memberi petunjuk kepada politik tanah air, sifat hikmah baginda sudah terbukti dalam tindakan-tindakan sebelumnya,” kata beliau memberikan harapan.

Namun, katanya, dengan kolisi parti-parti politik sedia ada, agak sukar untuk Malaysia mencapai kestabilan politik, sama ada sebelum atau selepas undi percaya di Parlimen nanti.

Ini kerana buat masa sekarang tiada kolisi politik yang benar-benar mempunyai sokongan majoriti yang kukuh untuk membentuk kerajaan.

Sekalipun mampu mengumpul cukup sokongan secara individu daripada ahli-ahli MP, sokongan tersebut tidak lestari, boleh terlerai bila-bila masa sahaja.

“Memandangkan mustahil untuk mengadakan PRU dalam kondisi pandemik ini, laluan lain perlu dirintis untuk mewujudkan kerajaan yang stabil sehingga PRU boleh dipanggil,” katanya.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/pn-ph-bn-dan-gps-disaran-bentuk-jajaran-baharu-untuk-selamatkan-negara/

BACA JUGA : Panas !!! Pengusaha restoran Muslim terdesak, mula pinjam Ah Long