Panas !!! Ingatkan dah habis bayar PTPTN rupanya ada baki 1 sen, kini tuntutannya berjumlah RM515

Panas !!! Ingatkan dah habis bayar PTPTN rupanya ada baki 1 sen, kini tuntutannya berjumlah RM515

cikgu dapat emel surat amaran, akan diambil tindakan mahkamah oleh PTPTN.. perlu bayar rm515.. padahal julai 2015 dah bayar habis lumpsum guna KWSP..
lepas email… call asyik tak masuk… cikgu mesej FB ptptn..

ini hasil semakan kes…1sen boleh jadi rm515 selepas 6 tahun… dah habis bayar ikut jumlah akhir yang PTPTN bagi. tak tahu mana datang 1 sen tu
rupanya ada lagi yang senasib.. habis bayar tetapi pinjaman masih berjalan.

edit:

terima kasih… ramai bagi cadangan yang baik… ada yang tanya berulang, jadi saya terangkan disini
1. tak dapat surat pelepasan ke?

tak… disuruh tunggu sebulan, sampai sudah tak dapat… bila call.. akan disemak tetapi tak ada yang hubung balik
check link ptptn, surat pelepasan tak pernah dicetak… saya pindah terengganu, jadi tak fikir dah… lupa pun ya

2. ada juga yang cadangkan, kenapa tak bayar lebih beberapa sen?

bila bayar baki ptptn guna duit kwsp, PTPTN akan kira dan tentukan jumlah bayaran akhir… jadi bukan bawah kawalan kita. PTPTN akan direct berurusan dengan KWSP. KWSP pun dah selesai bayar ikut nilai yang diminta, jadi sepatutnya 1sen tak wujud

kalau buka gambar bawah, ptptn ada balas akan bagi maklumbalas selepas 7 hari…. jadi perlu tunggu dengan penuh kesabaran kita tunggu jelah ye?

edit 2:
ramai yang senasib dengan saya rupanya…dah bayar habis tetapi masih ada tunggakan. dari bayar nak tutup akaun dan kayakan pihak yang tak sepatutnya, saya rasa baik sedekah duit tu ke keluarga susah. lagi2 musim covid ni. betul tak? dapat juga pahala

May be an image of text that says 'Bersama Wi... TABUNG 1:53 Perbadanan Tabung P... Typically replies minutes pengesahan baki yang dikeluarkan adalah terkurang RM0.01 menyebabkar penyata peminjam masih berhutang dan kosmasih berjalan sehingga kini. TABUNG allahu kerana 1sen? smapai jadi rm515? <br>Perbincangan bagi data-data seperti ini akan dibuat pada minggu hadapan. Sebarang keputusan samada kos-kos boleh di waive atau tidak akan dibincangkan dan sebarang keputusan akan dimaklumkan semula. baik... saya tunggu maklumbalas Aa'

jadi boleh hubungi pegawai ptptn untuk ambil tindakan bersihkan rekod kita. hutang ni boleh bagi kesan buruk ke CCRIS, jadi jangan biarkan jumlah menjadi semakin besar atau dikenakan tindakan mahkamah.. bukan salah kita…

saya sertakan link no tel pegawai

https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn
Sumber: