Panas !! ‘Individu berpengaruh’ terlibat, beberapa pertuduhan terhadap pengasas Sugarbook digugurkan

Panas !! ‘Individu berpengaruh’ terlibat, beberapa pertuduhan terhadap pengasas Sugarbook digugurkan

“Mereka yang sangat berpengaruh dan berkuasa” begitu juga selebriti disenaraikan sebagai ahli Sugarbook, menurut pengasas laman web itu Chan Eu Boon.

Bagaimanapun, Chan memberitahu VICE News bahawa dia tidak berhasrat mendedahkan identiti individu berkenaan kerana syarikatnya memandang serius data serta privasi penggunanya dan tidak akan mendedahkan identiti mereka.

“Saya faham mengapa ada pihak yang mungkin mahu saya mengeluarkan nama dan mendedahkan ‘sugar daddy’ dalam laman web kami tetapi kami sangat serius menjaga data dan kerahsiaan.

“Pihak berkuasa meminta nama dan alamat pengguna premium kami tapi saya berulang kali menolak,” katanya.

Katanya, dia sudah pun menimbang untuk meninggalkan negara ini untuk memfokuskan mengembangkan Sugarbook ke pasaran lain di Asia seperti Jepun, Hong Kong, Taiwan dan Singapura berikutan pergolakan Sugarbook di Malaysia.

“Saya didakwa ‘mencetuskan ketakutan’ dan tidak akan melawan kerajaan.

“Malaysia akan sentiasa menjadi negara dan ‘rumah’ saya. Tetapi selepas episod ini, saya pasti pertimbangkan untuk keluar dari pasaran Malaysia selain memikirkan langkah seterusnya,” katanya.

Pengasas berusia 34 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan pada Februari tahun ini, selepas ditangkap untuk membantu siasatan berhubung dakwaan rogol dan pelacuran.

Dia juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Siasatan bermula selepas Sugarbook mendedahkan ia menyaksikan peningkatan 40% pelajar yang mendaftar menjadi “sugar baby” sejak Januari, dengan 12,705 pelajar dari 10 institusi pengajian tinggi di Lembah Klang menggunakan platform itu.

Lebih 70 laporan dibuat terhadap laman web itu.

Berikutan kontroversi yang timbul pada awal tahun ini, yang Chan sifatkan sebagai “diperbesar-besarkan”, katanya, laman web itu menyaksikan lebih ramai orang mendaftar sebagai pengguna, walaupun ada juga yang menarik diri.

“Mengharamkan Sugarbook pastinya beri kesan ke atas ramai orang. Ia menjadi sumber pendapatan bagi banyak wanita.

“Tidak ada seorang pun perempuan yang berdaftar sebagai ‘sugar baby’ pernah dipaksa menjual tubuh. Kami serah kepada mereka sepenuhnya untuk tentukan siapa mereka mahu bertemu dan terlibat,” katanya.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/05/beberapa-tuduhan-terhadap-pengasas-sugarbook-gugur-menurut-laporan/