Panas !!! ‘Imam Mahdi’ serang imam Masjidil Haram

Panas !!! ‘Imam Mahdi’ serang imam Masjidil Haram

Seorang lelaki berpakaian ihram sambil memegang tongkat cuba menyerang seorang imam yang sedang membacakan khutbah Jumaat di Masjidil Haram.

Bagaimanapun, serangan mengejut yang disiarkan secara langsung ketika hari Jumaat itu berjaya digagalkan oleh seorang pegawai keselamatan Arab Saudi.

Ketika kejadian, salah seorang imam di Masjidil Haram, Sheikh Bandar Baleelah sedang menyampaikan khutbah.

Anggota keselamatan, Mohammed Al-Zahrani berjaya memintas lelaki itu dan bergelut sehingga jatuh ke lantai ketika dia cuba melakukan serangan itu.

Penyerang itu dibawa keluar dari masjid dengan bantuan anggota keselamatan lain.

Mohammed menerima pujian atas usaha pantasnya sebagai seorang ‘wira’ oleh orang ramai menerusi media sosial.

Pihak polis mendedahkan penyerang itu mengaku dirinya sebagai ‘bakal Imam Mahdi’.

Berita penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/05/lelaki-mengaku-imam-mahdi-serang-imam-masjidil-haram/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=lelaki-mengaku-imam-mahdi-serang-imam-masjidil-haram