Panas !!! Hotel milik kerajaan Terengganu teruskan operasi ketika 13 positif Covid-19

Panas !!! Hotel milik kerajaan Terengganu teruskan operasi ketika 13 positif Covid-19

Hotel milik kerajaan Terengganu teruskan operasi ketika 13 positif Covid-19. Tindakan kerajaan negeri Terengganu yang terus membenarkan sebuah hotel empat bintang miliknya terus beroperasi walaupun lebih 30 orang sudah dijangkiti Covid-19 dipetikaikan.

Pengerusi AMANAH Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah berkata, diberitakan sehingga semalam, 4 September 2021, ada lagi staf hotel terkenal berkenaan didapati positif dan difahamkan keseluruhannya sudah 33 orang didapati positif sejak 30 Ogos 2021.

“Saya juga menerima aduan ada beberapa keluarga anak dan isteri di rumah juga telah dijangkiti kerana merebak dari hotel ini.

“Kenapa sejak 29 Ogos 2021, iaitu lebih 7 hari dahulu, setelah dapur dan restoran diarah tutup, Hotel ini masih di buka?” tanya beliau dalam satu kenyataan media beliau.

Sehingga semalam, 4 September, tetamu ‘walk in’ dan pelanggan tetap dari Petronas masih di terima tinggal di Hotel ini.

“Kenapa hotel masih belum ditutup?” tanya beliau.

 Hotel

Beliau mempersoalkan, kenapa pihak Pengurusan Hotel dan juga Kerajaan Negeri Terengganu tidak bersikap lebih bertanggungjawab dan prihatin dengan memberi amaran secukupnya tentang situasi sebenar sebuah hotel utama milik kerajaan yang menjadi tumpuan orang ramai!.

Menurut bekas timbalan menteri itu, beliau telah menerima aduan mengatakan beberapa kakitangan hotel terkenal di Kuala Terengganu itu telah didapati positif Covid-19 dan kini diarahkan kuarantinkan diri.

Di antara bahagian yang dilaporkan terlibat termasuklah bahagian dapur, bahagian kaunter tetamu, bahagian keselamatan, penyelenggaraan, steward, bahagian kemas bilik dan pejabat.

Namun, katanya, timbul persoalan kenapa tiada sebaran pengumuman awam secara meluas dibuat kepada orang ramai tentang insiden positif Covid-19 membabitkan kakitangan hotel yang telah berlaku beberapa hari lepas memandangkan hotel ini adalah tempat orang ramai berkunjung, makan dan tinggal.

Katanya, arahan untuk menutup dapur dan restoran hotel ini telah dikeluarkan pada 29 Ogos 2021.

Realitinya, kata beliau, kakitangan berbagai jabatan termasuk keselamatan, porter, kaunter hadapan dan penyelengaraan juga terlibat dengan jangkitan yang memberi risiko meluas yang tinggi kepada tetamu yang menginap dan pengunjung hotel.

Kerajaan Negeri Terengganu telah membuka secara rasmi sektor hotel dan pelancongan pada orang tempatan secara rasmi mulai 1hb September 2021.

Memandangkan kerajaan Negeri Terengganu adalah pemilik hotel ini, sikap lebih bertanggungjawab perlu diambil untuk melindungi orang ramai dari risiko jangkitan Covid-19, katanya.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/hotel-milik-kerajaan-terengganu-terus-beroperasi-walaupun-33-positif-covid-19/

BACA: Tanah runtuh : Stor simpanan ubat KKM musnah