Panas !!! Guru enggan vaksin disaran diberi VSS

Remaja

Guru enggan vaksin disaran diberi VSS.Ketika negara berdepan krisis dan situasi yang belum pernah berlaku, kata Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan (Page), kerajaan wajar mengambil keputusan sukar semasa menguruskan guru yang menolak vaksin Covid-19 tanpa alasan munasabah.

Justeru kata Pengerusi Page, Noor Azimah Abdul Rahim, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) wajar memberi pertimbangan untuk menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) untuk guru-guru terbabit.

“Keputusan yang paling sukar perlu diambil dalam situasi pandemik yang sebelum ini belum pernah berlaku,” katanya kepada Malaysiakini.

Selain itu di pihak guru pula kata Noor Azimah jika mereka memang sengaja enggan disuntik vaksin dan bukannya akibat kekangan kesihatan, berundur secara sukarela adalah langkah yang terbaik.

 Guru

Atau, katanya, KPM perlu menasihati guru berkenaan agar bersara secara terhormat.

Noor Azimah berkata demikian semasa mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Mohd Radzi Jidin, mengenai segelintir guru yang enggan divaksin dan bakal berdepan tindakan tatatertib.

Mohd Radzi baru-baru ini dilaporkan berkata lebih 2,500 guru memilih untuk tidak menerima suntikan vaksin Covid-19.

Ekoran daripada itu, Mohd Radzi berkata guru-guru yang enggan mengambil suntikan vaksin akan diasingkan daripada sesi pembelajaran di sekolah selain bakal diambil tindakan.

Bagaimanapun, Mohd Radzi berkata pihaknya bersama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam sedang meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap guru-guru tersebut.

Mengulas lanjut, Noor Azimah berkata guru-guru terbabit sebenarnya tidak perlu bimbang dengan pilihan yang ada kerana selain sekolah, masih ada sumber mata pencarian lain yang menguntungkan buat mereka.

“Ada mata pencarian lain yang menguntungkan (lucrative), seperti memberi tuisyen secara dalam talian yang boleh diteroka,” katanya.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/591921

BACA: Pulau Pinang benarkan solat jemaah ikut kapasiti masjid

COMMENTS

Wordpress (0)