Panas !!! Elak diisytihar bangkrap, Rina didakwa selesai bayar hutang bernilai jutaan ringgit

Selepas isu pembedahan untuk jadi kurus, cakap Bahasa Inggeris yang tidak tentu hala, kini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun hadapi isu lain pula… bangkrap.

Namun, Rina akhirnya berjaya menyelesaikan hutang bernilai jutaan ringgit kepada syarikat produksi filem dan televisyen yang berpusat di Paris untuk mengelakkan beliau di isytiharkan bangkrap atau muflis.

Memetik laporan portal twentytwo13, saman muflis yang dikemukakan syarikat penerbitan Sarl Novovision terhadap Rina pada September 2020 juga dilaporkan telah digugurkan.

Peguam Mark Ho, yang mewakili syarikat Perancis itu mengesahkan bahawa Rina telah menyelesaikan hutangnya minggu lalu, namun tidak menyatakan jumlah yang dibayar oleh Ahli Parlimen Titiwangsa itu.

“Kami menerima cek pada hari Rabu dan diselesaikan pada hari Khamis.

“Pembayaran itu mengakhiri proses saman bankrap,” kata Ho.

Sebelum ini, Rina dikatakan membuat pembelian satu rancangan komedi dan dokumentari hampir 10 tahun yang lalu dari syarikat tersebut yang terkenal dengan tayangan video lucu, dan gagal membuat bayaran untuk kandungan berkenaan.

Syarikat berkenaan kemudiannya mengeluarkan beberapa notis kepada syarikat Rina yang kini sudah tidak berfungsi iaitu Eurofine (M) Sdn Bhd, Fine Mobile Network Sdn Bhd dan Fine TV Network Sdn Bhd antara tahun 2011 hingga 2013.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/rina-selesai-bayar-hutang-jutaan-ringgit-elak-diisytihar-bangkrap/

COMMENTS

Wordpress (0)