Panas !!! Ejen rahsia Korea Utara masih berada dalam Malaysia

Panas !!! Ejen rahsia Korea Utara masih berada dalam Malaysia

Media Korea Utara mendakwa ratusan pekerja syarikat perdagangan dan ejen rahsia republik itu tidak dipanggil pulang walaupun Kedutaan Korea Utara di Malaysia sudah ditutup.

Dakwaan ini bagaimanapun akan disiasat Kementerian Pertahanan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya termasuk unit perisikan belum menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

“Setakat hari ini, kita belum dapat laporan mengenai perkara ini daripada kita punya (pasukan) risik dan sebagainya.

“Kadang-kadang mereka gempar kita sahaja. Kita tidak tahu, jadi jangan kita melompat terlalu cepat, memberikan jawapan mungkin akan mengeruhkan suasana, kita akan siasat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai Majlis Penamaan Kereta Perisai Mobiliti Tinggi 4X4 (HMAV 4X4) Pertama Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, perkara itu juga membabitkan bidang kuasa Kementerian Luar yang mungkin sudah berunding dan berbincang dengan negara itu.

“Ini membabitkan negara luar dan saya percaya baik dapatkan maklumat daripada Kementerian Luar sebab daripada segi rundingan dan perbincangan, Kementerian Pertahanan tidak terbabit,” katanya.

Media tempatan Korea Utara, Daily NK melaporkan, Korea Utara tidak memanggil pulang ratusan pekerja syarikat perdagangan yang ada kaitan dengan jawatankuasa pusat termasuk ejen rahsia Jabatan Perindustrian Pembekalan Senjata (MID) negara itu yang menjalankan penyeludupan barangan mewah serta senjata di negara ini.

Laporan itu mendakwa, kumpulan pertama menyeludup barangan mewah ke Korea Utara sementara MID terbabit dengan penyeludupan senjata.

Ejen rahsia dan pekerja perdagangan dilaporkan mengeluh, misi mereka menjadi lebih sukar selepas kedutaan Korea Utara di Malaysia ditutup, kata sumber itu sambil menambah ejen rahsia terpaksa menggunakan cara lain untuk terus berhubungan dengan pengendali mereka di Pyongyang.

Kumpulan itu kini terpaksa merancang dan menyesuaikan diri dengan sistem pelaporan baru di negara ini.

Laporan itu mendakwa, Korea Utara sudah lama menggunakan Malaysia sebagai lokasi transit perdagangan senjata dan barangan mewahnya dengan Timur Tengah dan Afrika.

Pada masa sama, sukar untuk mengesan ejen ini kerana mereka menggunakan identiti serta pasport palsu dalam misi terbabit.

Dakwa mereka, pihak berkuasa Malaysia tidak memberi perhatian kepada kewujudan ejen rahsia itu dan kegiatan mereka yang sudah bertapak di Malaysia selama beberapa dekad.

Kenderaan berperisai pertama buatan Malaysia diberi nama Tarantula HMAV4x4 dan dibina khas bersesuaian dengan iklim dan cuaca di negara ini.

Ia juga dibina menggunakan sepenuhnya teknologi dan kepakaran anak Malaysia.

Tarantula HMAV4x4 dilengkapi dengan sistem persenjataan moden bersama pelancar grenade, kenderaan berperisai itu direkacipta menggunakan sistem Stesen Senjata Kawalan Jauh yang membolehkannya menembak secara 360 darjah semasa bertempur.

Tarantula seberat 14 tan itu dihasilkan Mildef dalam tempoh empat tahun penyelidikan dan pembangunan yang menelan belanja RM16 juta.

Menggunakan enjin turbo diesel 6.6-liter 6-selinder sebaris dari Caterpillar, Tarantula mampu beroperasi dari suhu serendah -21 darjah Celsius hingga 49 darjah Celsius.

Kenderaan itu juga mempunyai kadar perlindungan perisai daripada peluru, balistik, bom tangan dan periuk api.

Berita Penuh :https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/04/690650/ratusan-ejen-korea-utara-ditinggalkan-di-malaysia