Panas !!! Dr Hisham dedah kilang jadi punca utama kluster sepanjang lockdown

Panas !!! Dr Hisham dedah kilang jadi punca utama kluster sepanjang lockdown

Dr Hisham dedah kilang jadi punca utama kluster sepanjang lockdown. Sebanyak 60 peratus kes daripada kluster Covid-19 di tempat kerja pada bulan pertama pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) adalah datang dari kilang.

Ini bersamaan 18,065 kes dari 1 Jun hingga 1 Julai, menurut data yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam taklimat kepada dewan perniagaan hujung minggu lalu.

Dr Hisham berkata, dalam tempoh ini, sebanyak 436 kluster dikesan di tempat kerja dengan 227 dari sektor pembuatan.

Sebanyak 85 kluster sektor pembuatan ini terletak di Selangor, diikuti Johor (6), Pulau Pinang (24), Kedah (14), Negeri Sembilan (13), manakala selebihnya di negeri-negeri lain.

Malaysia mencatatkan 186,610 kes Covid-19 dari 1 Jun hingga 1 Julai, menjadikan kes jangkitan dari sektor pembuatan adalah 10 peratus daripada semua kes yang dicatat dalam tempoh ini, manakala kes di tempat kerja adalah 16 peratus.

Selain kluster kilang, tiga sektor teratas yang menyumbang peningkatan Covid-19 adalah sektor perkhidmatan dengan 122 kluster dan 4,762 kes, serta sektor pembinaan dengan 48 kluster dan 4,465 kes.

Dr Hisham

Maklumat itu dikongsi oleh Dewan Perniagaan dan Industri India Bersekutu Malaysia (Maicci) kepada anggotanya semalam daripada nota taklimat yang disampaikan secara maya oleh Noor Hisham pada Sabtu lalu.

Maicci mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa pihaknya telah mengeluarkan nota-nota berkenaan. Malaysiakini telah menghubungi Noor Hisham untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali minggu lalu berkata, adalah tidak adil menyalahkan sektor pembuatan berikutan peningkatan jumlah kes Covid-19.

Katanya, meskipun kluster tempat kerja merangkumi sebilangan besar kluster, namun dari segi jumlah kes, kes sektor pembuatan merangkumi sebahagian kecil daripada semua kes yang dilaporkan.

Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di Selangor dan di Kuala Lumpur yang bermula pada 3 Julai, hanya kilang yang menghasilkan beras, roti, gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan dan pelitup muka dibenarkan beroperasi.

‘ICU Lembah Klang beroperasi pada kapasiti 120 peratus’

Sementara itu, nota taklimat tersebut menyatakan bahawa unit rawatan rapi (ICU) kini beroperasi dengan kapasiti 120 peratus di Lembah Klang dan 97 peratus kapasiti di seluruh negara.

“Dia (Dr Hisham) mengatakan jika kita mencapai 13,000 kes sehari, yang kita boleh capai jika tiada PKP 3.0, sistem penjagaan kesihatan akan runtuh.

“Malah meksipun pelaksanaan PKPD di Lembah Klang ini, penggunaan katil ICU berada pada tahap 120 peratus sekarang, dan penggunaan kemudahan penjagaan kesihatan mulai meningkat,” katanya.

Di sektor swasta, separuh daripada 129 katil ICU digunakan manakala 51 peratus daripada 1,267 katil yang diperuntukkan untuk pesakit Covid-19 di sektor swasta sedang digunakan.

Dr Hisham

Bagaimanapun, beberapa negeri telah beralih kepada fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) selepas mencatatkan kurang daripada 12.2 kes bagi setiap 100,000 penduduk dan menggunakan kurang daripada 75 peratus katil ICU.

Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang memasuki fasa 2 semalam, manakala Pulau Pinang akan mengikut jejak langkah sama esok.

Nota taklimat itu menyatakan Sabah juga hampir memasuki fasa 2.

Fasa 2 membolehkan lebih banyak perniagaan beroperasi tetapi sekatan lain kebanyakannya masih ada.

Berita Penuh :https://m.malaysiakini.com/news/581933

Kalau Anda Terlepas: Tular video dua wanita terjun bangunan, ini penjelasan Polis