Panas !!! Dap tuntut kerusi exco, Umno tak jadi kerjasama PH di Perak

Panas !!! Dap tuntut kerusi exco, Umno tak jadi kerjasama PH di Perak

Usaha Umno-Barisan Nasional dan Pakatan Harapan menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak gagal kerana DAP menolak cadangan untuk parti itu tidak memperolehi jawatan Exco kerajaan negeri, kata sumber BN.

Sumber itu mengesahkan rundingan sememangnya berlangsung antara Umno-BN dengan pimpinan PH, termasuk pemimpin DAP.

Namun rundingan itu gagal mencapai konsensus kerana DAP tidak mahu dikecualikan daripada pelantikan EXCO kerajaan negeri.

Cadangan itu diajukan kepada DAP sebagai langkah menangani sebarang tindak balas pengundi Melayu, namun ditolak oleh pemimpin parti itu.

Menurut sumber berkenaan, Umno-BN bersetuju memperuntukan jawatan EXCO kepada PKR dan Amanah tetapi bukan untuk DAP bagi mengelakkan respon negatif pengundi Melayu.

Susulan pendirian DAP itu, Umno-BN kembali berbincang dengan PAS dan PPBM yang bersetuju memberi sokongan untuk pembentukan kerajaan baharu diterajui Perikatan Nasional, seperti sebelumnya.

Sumber itu berkata cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan Umno-BN bersama PH bertujuan untuk memastikan sebuah kerajaan negeri kukuh dan berkesan sehingga PRU ke-15 diadakan.

“Ia (kerajaan perpaduan) hanya sehingga PRU 15. Semuanya berjalan baik sehingga DAP enggan berkompromi dan memaksa rundingan dihentikan,” kata sumber berkenaan.

Sumber itu berkata separuh daripada 25 Adun Umno Perak menandatangani memorandum menolak penglibatan DAP dalam kerajaan perpaduan Umno-BN bersama PH yang dicadangkan.

Sumber itu berkata Umno seterusnya berjaya memperolehi sokongan PAS dan PPBM untuk pencalonan ketua Umno negeri Saarani Mohamad sebagai MB baharu.

Pimpinan negeri PAS, PPBM dijangka menghadap Sultan Perak petang ini untuk memberikan perakuan mereka menyokong Saarani.

Dengan sokongan padu lapan Adun PPBM dan PAS, beserta 25 Adunnya, Umno mempunyai majoriti di Dewan Rakyat untuk Saarani dicalonkan sebagai menteri besar.

Timbalan presiden PPBM Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan sebagai MB minggu lalu setelah 24 daripada 25 Adun Umno menolak beliau dalam undian usul tidak percaya terhadapnya di DUN Perak minggu lalu.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/08/penubuhan-kerajaan-perpaduan-umno-ph-di-perak-gagal-kerana-dap-tuntut-jawatan-exco-kata-sumber/

COMMENTS