Panas !!! Dalam tempoh 10 hari ini kerajaan pinjam RM11.5 bilion

Dalam

Dalam tempoh 10 hari ini kerajaan pinjam RM11.5 bilion. Bekas Perdana Menteri, Najib Razak mempersoalkan tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil pinjaman RM11.5 bilion dalam tempoh 10 hari.

Beliau mendakwa pinjaman itu diambil oleh Putrajaya dalam keadaan tergesa-gesa.

“Mereka sedang pinjam duit laju-laju macam dah dekat kiamat sahaja. 27 Julai, pinjam RM5.5 bilion, 3 Ogos pinjam RM4 bilion dan 9 Ogos pinjam RM2 bilion.

“Kerajaan PN pinjam RM11.5 bilion dalam tempoh 10 hari kerja lepas sahaja. Kenapa tergesa-gesa sangat meminjam?” soalnya.

Beliau turut memuat naik tangkap layar Forthcoming Auction Details menerusi laman web Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam

Katanya, pinjaman itu akan dibayar balik kerajaan pada 2030 dan 2050.

Selain itu, dalam catatan dikongsikan semalam, Najib turut menyindir kerajaan PN bahawa semakin hilang keabsahan, “makin laju dan makin besar jumlah dipinjam”.

“Harga durian melambung naik ke apa?” soalnya menerusi komennya di Facebook semalam.

Dakwanya, lebih RM160 bilion dana sudah dipinjam, dijual dan dikorek kerajaan PN sejak awal tahun ini.

“Tapi rakyat dapat sikit sahaja. Pencapaian ke laut.”

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/09/kenapa-laju-laju-ambil-pinjaman-rm11-5-bilion-dalam-10-hari-najib-soal-putrajaya/

BACA: Pemancing terkejut tengok gigi ikan mirip manusia