Panas !!! Caprice akan buat Live IG malam ini

Panas !!! Caprice akan buat Live IG malam ini

Penyanyi rap, Caprice, 32, akan muncul menerusi Instagram (IG) Live, jam 10 malam ini bagi menjernihkan keadaan selepas mencetuskan kontroversi membabitkan misi kemanusiaan membantu rakyat Gaza di Palestin, baru-baru ini.

Memaklumkan menerusi IG Story, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli tidak malu mengakui caranya salah dan terlalu mengikut emosi serta amarah.

Caprice berkata, dia mengharapkan keadaan akan kembali jernih selepas kemunculannya menerusi IG Live, malam ini.

“Saya berharap dapat tutup buku dan jalan terus ke depan. Saya bersalah sebab terlalu mengikut emosi dan marah.

“Cara saya tetap salah. Tidak mengapa, Islam mengajar kita untuk minta maaf jika melakukan kesilapan, maafkan orang.

“Jumpa anda di IG Live, malam ini,” tulisnya.

Caprice cetus kontroversi apabila mendedahkan teguran terhadap Ustaz Ebit Lew atas dakwaan terima rungutan penduduk Gaza mengenai caranya hulur bantuan dan kongsi gambar kanak-kanak miskin. - Foto IG Caprice

Caprice cetus kontroversi apabila mendedahkan teguran terhadap Ustaz Ebit Lew atas dakwaan terima rungutan penduduk Gaza mengenai caranya hulur bantuan dan kongsi gambar kanak-kanak miskin.

Menerusi IG, Caprice juga meluahkan perasaan ekoran menerima banyak permintaan maaf, selepas rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman atau lebih dikenali Nadir Al-Nuri membuat penjelasan panjang lebar menerusi saluran Telegram miliknya.

“Alamak, banyak sangat menghantar mesej langsung minta maaf secara tiba-tiba. Dengan hantaran ini, terus-terang, saya sudah memaafkan semua yang caci maki saya.

“Alhamdulillah, saya banyak belajar mengenai kesabaran, perjuangan dan Palestin sejak kisah saya menjadi tular,” katanya.

Dalam masa yang sama, Caprice turut minta maaf tidak dapat membalas semua mesej langsung diterima di laman sosialnya.

“Saya perlu tidur sekarang. Maaf, saya tidak dapat membalas semua mesej langsung, tetapi saya tetap membaca kesemuanya.

“Sekali lagi, saya berharap kita akan bergerak ke hadapan selepas kemunculan saya malam ini.

“Saya banyak belajar daripada kesilapan dilakukan dan sangat bersyukur atas perjalanan ini. Saya tidak akan berhenti berjuang,” tulisnya.

Caprice mengumumkan kemunculannya menerusi IG Live malam ini untuk menjernihkan keadaan. - Foto IG Caprice

Caprice mengumumkan kemunculannya menerusi IG Live malam ini untuk menjernihkan keadaan.

Terdahulu, Caprice pernah mengumumkan akan membuat pendedahan mengenai kisah di sebalik kontroversi tercetus pada malam ini.

Namun, poster yang dibuat memaklumkan IG Live bersama dua individu misteri sudah dipadam.

Sebelum ini, Caprice mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan teguran terhadap pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew atas dakwaan terima rungutan penduduk Gaza mengenai cara dermawan itu hulur bantuan termasuk perkongsian gambar kanak-kanak miskin dalam media sosial.

Caprice juga mendakwa rancangannya memasuki wilayah Gaza terhalang akibat campur tangan luar. Bagaimanapun, isu Caprice dan Ebit mendapat perhatian banyak pihak termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan mereka segera berdamai.

Sebelum ini, Caprice berangkat ke Mesir menyertai misi kemanusiaan menerusi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) bersama Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Penyanyi lagu Chikaro dan Baby Sayang itu kini meneruskan misi jihad seorang diri apabila rombongan HM4P sudah pulang ke Malaysia.

Mengakui perjalanan jihad kali ini paling mencabar, namun tetap percaya ada hikmah di sebalik ujian diterima.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/07/841696/caprice-mahu-jernih-keadaan-bukan-buat-pendedahan

BACA JUGA : Panas !!! MySejahtera tak berkesan, Bung mahu vaksin secara ‘walk in’ di Sabah