Panas !!! Calon Ketua Menteri Melaka baharu, ini penjelasan Adly

Pelantikan Ketua Menteri Melaka yang baharu terletak di bawah bidang kuasa Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari berkata, keutamaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini adalah untuk jaminan kestabilan politik kerajaan Negeri Melaka bagi memastikan pemulihan pandemik COVID-19 dan ekonomi dapat diteruskan.

“Saya rasa dalam sidang media yang disampaikan Datuk Seri Idris Haron (pada Isnin) telah menyebut beberapa perkara, dan bagi PH, kestabilan politik harus diberikan keutamaan jadi kita akan mengambil tanggungjawab memastikan politik Melaka stabil untuk berdepan pandemik COVID-19 dan ekonomi di negeri ini.

Calon Ketua Menteri Melaka baharu, ini penjelasan Adly

Bagi Pakatan Harapan, kestabilan politik harus diberikan keutamaan jadi kita akan mengambil tanggungjawab memastikan politik Melaka stabil untuk berdepan pandemik COVID-19 dan ekonomi di negeri ini.

“PH memainkan peranan bagi memastikan pentadbiran dapat diteruskan. Dalam Perlembagaan Negeri Melaka, kuasa melantik Ketua Menteri adalah dibawah bidang kuasa TYT, kita akan bertemu dulu dengan Tun (Mohd Ali) bagi mencari penyelesaian dan untuk berbincang,” katanya.

Terdahulu, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka mengumumkan menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Melaka dan kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Suleiman Md Ali.

Empat ADUN tersebut iaitu Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor).

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/kerajaan-melaka-tumbang-calon-ketua-menteri-di-bawah-bidang-kuasa-tyt-adly-zahari-323456

BACA JUGA : Panas !!! Kertas Pandora dedah Menteri, ahli politik Malaysia jadi pemilik syarikat pesisir

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Calon Ketua Menteri Melaka baharu, ini penjelasan Adly […]