Panas !!! Cadangan penggabungan PKR dengan Amanah adalah idea asal Azmin

Cadangan pergabungan Amanah & Keadilan 1 idea yang membuktikan kekuatan pimpinan parti Amanah. Mungkin jawatan Timbalan Presiden & Naib-naib Presiden yang kosong akan diisi pimpinan parti Amanah.

Ada ahli Amanah bersetuju pergabungan ini sekiranya Dato’ Sri Anwar Ibrahim diangkat kembali jawatan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat & Tuan Haji Muhammad Sabu Presiden yang baru harga kepada pergabungan Keadilan Amanah.

Cadangan penggabungan PKR dengan Amanah adalah idea asal Azmin

Namun ambo secara pribadi tidak bersetuju dan sangsi dengan idea ini kerana antara orang pertama membawa idea ini adalah Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Adakah idea ini juga salah satu gerak saraf Azmin Ali secara kabur. Adakah masih ada tangan ghaib Azmin Ali dalam Pakatan Harapan?

Ambo membawa kembali jawaban Timbalan Presiden Amanah selepas idea ini dilontarkan Azmin Ali.

Kata Timbalan Presiden, Yb SALAHUDDIN HJ AYUB pada 20 Disember, 2016;

1. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan sejawat saya YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang melahirkan pandangan mengenai idea perlunya pergabungan antara Parti Amanah Negara (AMANAH) dengan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan).

2. Untuk pengetahuan semua, AMANAH tampil bagi mengisi posisi serta melanjutkan perjuangan lslam yang mengambil pendekatan inklusif dan progresif untuk bersama mensejahterakan rakyat dan dalam rangka kebangunan semula negara (nation-rebuilding).

3. AMANAH bersama-sama rakan-rakan Keadilan dan DAP menubuhkan Pakatan Harapan (PH). Sekarang ini dengan kehadiran Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama PH telah menjadikan peranan AMANAH dan semua parti-parti dalam PH dan Bersatu semakin penting dalam usaha untuk menumbangkan Barisan Nasional.

4. Oleh yang demikian saya sebagai mewakili pimpinan dan ahli-ahli AMANAH merasakan isu pergabungan Amanah dan PKR tidak berbangkit sama sekali. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih dan mengharapkan hubungan yang kukuh antara kita akan kekal seutuhnya.

Terima kasih

SUMBER :

BACA JUGA :

Artikel ini disiarkan pada 02/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)