Panas !!! Blogger Umno pertikai MoU dengan PH, tak dibincang MKT Umno dahulu

Dasar Parti Menguasai Kerajaan sudah ke longkang. UMNO sudah jauh menyimpang. Dasar Parti Menguasai Kerajaan yang di asaskan oleh Tun Razak Hussein dan Tun Dr Ismail Abd Rahman salepas UMNO kehilangan majoriti 2/3 masa PrU Tahun 1969 sudah tidak terpakai lagi.

Orang Melayu masih lagi bernostalgia dengan UMNO. Apa yang Melayu dapat sekarang ada pembinaan bangsa dan perjuangan pengasas dan pejuang kemerdekaan. Bukan pemimpin hari ini.

Apa yang mereka tinggalkan untuk anak cucu banyak telah dijahanamkan dan di jual murah oleh pemimpin masa kini. Tidak ada pekara yang baru untuk kepentingan Melayu..

Blogger Umno pertikai MoU dengan PH, tak dibincang MKT Umno dahulu

Parti tidak lagi di menguasai kerajaan sebalik siapa Perdana Menteri dialah menguasai parti. Parti di kuasai olehnya.

Parti sudah bertukar sekadar menjadi kuda tunggangan mereka. Saperti rumah pelacur untuk melepaskan hajat nafsu serakah mereka. Lepas air kenikmatan keluar, dia tidak ambil peduli kepada partinya. Termasuk apa nak jadi.

Faktanya.. Kunun atas nama Kerajaan. Adakah UMNO bukan sebahagian Kerajaan? Dan perlu juga di soal mereka yang berjawatan Perdana Menteri dan Menteri bukan lagi bertanggung jawab dengan UMNO?

Perjanjian CSA itu antara Kerajaan dengan Parti PH. PH tetap menjadi musuh BN/UMNO dalam pilihanraya akan datang dan juga akan melawan calon PN. Apa hak mereka menandatangan perjanjian itu. (Lihat Gambar)

Kenapa perjanjian tidak dirunding dengan MKT UMNO untuk kelulusan. Tun Razak Hussein dari UMNO pernah juga membuat perjanjian dengan Parti2 lawan UMNO tahun 1971.

Keputusan itu dibawa dulu dalam mesyuarat MKT. Di persetujui baru di umumkan perjanjian itu sehingga mengwujudkan Kerajaan Campuran dan seterusnya Barisan Nasional.

Kini. Ahli-ahli UMNO bertanya sama sendiri..Apa status perjanjian itu dari segi kepentingan Parti UMNO?

Menjadi salah ker? Jika Presiden UMNO menandatangan perjanjian itu. Daripada ditanda tangan oleh Perdana Menteri hanya seorang Naib Presiden dan saksinya seorang Ketua UMNO Bahagian.

Persoalannya bagaimana jika MKT membuat keputusan mengarahkan Perdana Menteri dari UMNO itu membubarkan Parlimen sebelum tempoh perjanjian itu?.

Mana yang hendak di ikut oleh Perdana Menteri, MOU yang ditandatangani atau Perintah Parti?.

Dalam Perlembagaan UMNO, sesaorang ahli UMNO yang tidak mengikut perintah parti boleh di ambil tindakan disiplin termasuk di pecat.

Sumber :

BACA JUGA : Kapal peronda China diperairan negara ancam kedaulatan