Panas !!! Bersatu sahkan terima surat putus hubungan dengan Umno

Panas !!! Bersatu sahkan terima surat putus hubungan dengan Umno

PPBM mengesahkan parti berkenaan menerima surat daripada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berhubung keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 19 Feb lalu yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PPBM pada pilihan raya umum ke-15 dan hanya bersama-sama dengan kerajaan Perikatan Nasional sehingga Parlimen dibubarkan.

Setiausaha Agung PPBM Hamzah Zainudin berkata, mesyuarat Biro Politik PPBM pada petang semalam membincangkan surat berkenaan dan membuat ketetapan untuk membawanya ke dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PPBM petang ini.

“Biro Politik mengambil ketetapan bahawa pendirian PPBM akan diputuskan dalam mesyuarat ahli Majlis Tertinggi PPBM pada petang ini, 4 Mac dan pendirian tersebut akan dibincangkan juga dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan datang bersama parti-parti komponen PN yang lain iaitu PAS, STAR, SAPP dan GERAKAN,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Annuar Musa mendesak parti mengesahkan sama ada parti itu mengutus surat kepada Muhyiddin memaklumkan tidak akan bekerjasama dengan PPBM pada PRU-15, dan penglibatan Umno dalam kerajaan sekarang “hanyalah sehingga Parlimen dibubarkan”.

Perkembangan ini dibuat sebelum Umno mengadangan perhimpunan agung tahunan pada hujung bulan ini, yang dikatakan akan menentukan nasib kerjasama dengan PPBM.

Annuar turut mempersoalkan mengapa Umno bertindak sedemikian sebelum usul berkenaan dibawa ke Perhimpunan Agung Umno yang akan bersidang pada 28 Mac ini.

Annuar yang juga menteri Wilayah Persekutuan percaya keputusan yang menetapkan keberadaan Umno dalam kerajaan hanya sehingga Parlimen dibubarkan akan merugikan parti sekiranya ia tidak berada dalam kerajaan sementara selepas Parlimen dibubarkan.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/04/sah-surat-zahid-mengenai-hubungan-dengan-ppbm/