Panas !!! Azmin bayangkan dirinya akan jadi pembangkang selepas Umno tarik diri

puas

Pimpinan Umno diharap terus bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan meneliti semula keputusan parti berkenaan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada PRU akan datang.

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali berkata, PN sedia bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin stabil dan kukuh bagi meneruskan usahanya membantu rakyat dikala pandemik Covid-19.

“Kita berharap pimpinan tertentu dalam Umno dapat ambil sikap untuk teliti semula keputusan itu. PN ini dibentuk dengan cita-cita yang cukup murni, perpaduan itu amat penting, pemeliharaan terhadap perlembagaan dan undang-undang itu perlu dijunjung, kita mahu kestabilan dalam negara ini dipelihara.

“Kita tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan tidak bertanggungjawab, yang akan menyebabkan ketidakstabilan terhadap kerajaan kerana ia akan menyebabkan rakyat menjadi mangsa dan kita tidak mahu rakyat menjadi mangsa,” katanya kepada pemberita selepas melawat Balai Polis Hulu Klang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Umno yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PPBM pada PRU akan datang.

Bagaimanapun Umno kekal memberikan sokongan terhadap PN sehingga parlimen dibubarkan.

Terdahulu Azmin yang merupakan Menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati.

Sementara itu, mengulas mengenai mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM yang diadakan semalam, Azmin berkata, PPBM mengambil ketetapan untuk meneruskan usaha-usaha memupuk perpaduan yang lebih utuh dan keharmonian dalam PN.

“Kita akan pastikan anggota parti PN berpegang kepada prinsip yang jelas bahawa pembentukan kerajaan PN ini adalah berdasarkan prinsip-prinsip untuk menjamin kestabilan, urus tadbir negara yang bersih.

“Selain itu ialah PN bertanggungjawab dan menjamin kebebasan badan kehakiman dalam negara serta menjunjung keluhuran perlembangaan dan undang-undang untuk melakukan kebaikan dan keadilan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan,” katanya.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata dalam situasi semasa, rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan kuat bagi memastikan sistem penyampaian dapat dijalankan secara berkesan dalam usaha kerajaan untuk memulihkan dan mencergaskan kembali ekonomi negara yang terjejas.

Sumber : https://perakinsights.com/2021/03/06/azmin-goyang-minta-umno-kaji-semula-keputusan/

COMMENTS

Wordpress (0)