Panas !!! Asyraf umum tolak sebarang jawatan dalam kerajaan baharu jika ditawar

Datuk Asyraf Wajdi Dasuki yang didakwa lantang bersuara kerana kemaruk jawatan menegaskan beliau sama sekali tidak mahu menerima sebarang jawatan dalam kerajaan baharu biarpun jika ditawarkan.

Sebaliknya Ketua Pemuda UMNO itu mahu terus mengepalai sayap kanan parti ini untuk menjadi suara semak dan imbang.

Beliau mahu terus jadi jurubicara rakyat tanpa terikat dengan apa-apa yang boleh membataskan suara Pemuda UMNO.

Asyraf

Asyraf umum tolak sebarang jawatan dalam kerajaan baharu jika ditawar

Menurutnya, jika benar beliau kemaruk jawatan sudah tentu sejak awal lagi tidak menolak tawaran mengepalai syarikat milik kerajaan ketika Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

”Lagipun Kerajaan baharu kelak hanya untuk beberapa bulan yang berbaki sebelum tamat tempohnya bagi diserahkan kembali mandat mutlak kepada rakyat dalam PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15),” katanya dalam menjawab kenyataan-kenyataan sinis terhadapnya.

Menerusi hantaran di Facebook beliau, Asyraf berkata, Pemuda UMNO akan terus memperjuangkan 10 tuntutan permintaan rakyat untuk menambah baik bantuan kepada rakyat.

10 tuntutan itu ialah menyegerakan Bantuan Khas Covid (BKC), luluskan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)/BKC dan penerima Geran Khas Prihatin.

Beliau mahu proses rayuan dipermudahkan tanpa perlu banyak dokumen pembuktian pengurangan pendapatan.

Lembaga Hasil Dalam Negeri juga wajar mengambil data terkini memandangkan ramai golongan M40 kini sudah jatuh ke dalam kategori B40 sejak awal tahun ini.

Tuntutan itu turut meliputi penambahan suntikan fiskal dengan meningkatkan jumlah BKC untuk B40, tambah baik i-Citra dengan dibenarkan pengeluaran secara ‘lump sumber berbanding setiap bulan.

Selain itu membenarkan akses kepada golongan T20 dan M40 untuk mengeluarkan caruman lebih tinggi bagi melangsaikan komitmen-komitmen mereka, bantuan khas kecemasan kepada peniaga-peniaga kecil yang mula gulung tikar dan selaraskan kaedah penawaran moratorium dengan tidak mengenakan faedah terakru.

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2021/08/19/saya-bukan-kemaruk-jawatan-asyraf-wajdi/

Baca Juga : Hari ini bakal rungkai siapa Perdana Menteri yang baharu?