Panas !!! Anwar buka mulut selepas pertemuan dengan PM

Anwar buka mulut selepas pertemuan dengan PM.

PH memberi jaminan tidak akan “mempersulitkan” undi percaya terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob jika dia mengambil langkah demi kepentingan rakyat.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi PH Anwar Ibrahim setelah pertemuan dengan Ismail Sabri.

Anwar buka mulut selepas pertemuan dengan PM

Pertemuan itu turut disertai Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

“Kita beritahu kalau suasana begini, kalau program-program (yang dibuat) pro kepada rakyat, kita tak akan persulitkan (undi percaya),” katanya kepada pemberita di luar Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Walaupun tidak menjelaskan secara lanjut, anwar berkata antara yang dibincangkan adalah program pro-rakyat yang memberi tumpuan kepada isu kemiskinan dan pekerjaan.

Dia menyifatkan pertemuan itu sebagai “permulaan yang baik” dan pertemuan peringkat jawatankuasa akan disertai wakil-wakil pembangkang.

“(Mereka akan bincang tentang) apa yang boleh dipersetujui dan langkah yang harus diambil supaya keadaan, kedudukan perdana menteri dan negara lebih terkawal dan aman politiknya,” katanya lagi.

[Berita lanjut menyusul]

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/588626

BACA JUGA : Terkini !!! Anwar, Mat Sabu dan Guan Eng bertemu PM petang ini