Panas !!! Annuar Musa pertikai angka MP sokong Muhyiddin yang dikemuka speaker

Annuar Musa

Annuar Musa pertikai angka MP sokong Muhyiddin yang dikemuka speaker. Sebarang angka dirumus oleh Speaker Dewan Rakyat tanpa melalui proses undian di parlimen adalah bersifat andaian, spekulatif, tidak konklusif dan boleh dicabar, kata Annuar Musa.

“Pertama Yang Dipertua Dewan hendaklah bertanggungjawab mengikut kuasanya seperti dalam perlembagaan.

“Bukan semua pihak boleh mengarahkan Yang Dipertua Dewan melakukan sesuatu di luar peraturan.

“Kedua, jumlah sokongan adalah hak ahli parlimen untuk ditentukan melalui prosedur tertentu, dan ia perlu ditentukan dalam sidang.

“Sebarang angka dirumus oleh Yang Dipertua Dewan tanpa proses undian dalam dewan adalah bersifat andaian, spekulatif dan tidak konklusif serta boleh di cabar,” kata anggota parlimen Umno yang mendukung Perdana Menteri Muhyiddin Yassin itu.

Semalam Malaysiakini melaporkan Istana Negara didakwa menghantar surat meminta pengesahan speaker Dewan Rakyat berhubung jumlah sokongan anggota Dewan Rakyat terhadap Muhyiddin.

Annuar Musa

Sumber mengesahkan kesahihan warkah berkenaan, walaupun istana dan speaker Azhar Harun tidak memberikan sebarang maklum balas.

Pemuda Umno semalam mengumumkan mereka membuat laporan polis, antaranya susulan laporan MalaysiaPost yang mendakwa Azhar menjawab surat istana, memaklumkan Muhyiddin mempunyai 100 sokongan.

Azhar juga tidak memberikan maklum balas berkaitan dakwaan itu ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Sementara itu, Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh berkata, kedudukan Muhyiddin boleh diabsahkan melalui undi percaya yang akan berlaku di Dewan Rakyat.

“Dalam undian yang spesifik sebegini,tidak mustahil PM tidak mendapat sepenuhnya undi dari blok kerajaan dan tidak mustahil PM boleh juga mendapat undi dari pembangkang.

“Tidak harus dilupakan kemungkinan berlaku ketidakhadiran atau hadir tetapi tidak mengundi,” katanya.

Oleh Annuar berkata semua pihak harus bersabar menanti proses undi percaya itu yang “menepati perlembagaan serta selaras dengan demokrasi berparlimen”.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/586996

BACA: Panas !!! Pengampunan diraja untuk bolehkan Najib jadi PM interim?