Panas !!! Annuar Musa buka cerita usaha jatuhkan kerajaan PN dalam Umno

Panas !!! Annuar Musa buka cerita usaha jatuhkan kerajaan PN dalam Umno

Pemimpin Umno, Annuar Musa, menyenaraikan tujuh sebab partinya berpecah-belah mengenai hubungannya dengan Perikatan Nasional (PN)

Dalam satu hantaran di Facebook, Annuar, yang juga bekas setiausaha agung Barisan Nasional (BN) berkata, beliau selalu memikirkan apakah yang tidak kena dalam partinya, dan mengapa ia terjadi.

Berikut adalah antara jawapan yang beliau perolehi, katanya:

Kekecewaan segelintir pemimpin yang tidak terpilih menyertai Kabinet apabila Umno kembali dalam kerajaan mendorong mereka memulakan “rentak berbeza”.

Pelantikan “anak buah” pemimpin ke dalam Kabinet, tetapi bukan pemimpin itu sendiri.

Kes mahkamah yang tidak memihak kepada pemimpin Umno menyebabkan mereka berasa kerajaan tidak membantu mereka.

Pertemuan sulit sebelum pilihan raya Sabah yang menyaksikan percubaan menjatuhkan kerajaan PN, diikuti oleh sumpah setia kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pada 11 Okt tahun lalu, yang membelakangi pendirian parti yang menolak Anwar dan DAP.

Pertemuan sulit pada 17 Okt tahun lalu yang melibatkan pemimpin Umno dan Pakatan Harapan (PH), disusuli oleh beberapa perbincangan lain untuk menjatuhkan kerajaan.

Kegagalan percubaan “menarik tikar di bawah kaki” kerajaan PN (merujuk kepada beberapa pemimpin Umno yang menarik balik sokongan mereka terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin) yang membawa kepada pengisytiharan darurat pada Januari.

Gerakan yang dilancarkan bagi mendesak bahagian-bahagian Umno menolak kerjasama dengan PPBM pada pilihan raya akan datang, iaitu strategi bagi menjayakan “jajaran baharu” yang cenderung kepada kerjasama dengan PH.

Annuar, penyokong kuat kerjasama dengan PPBM berkata, terdapat perancangan untuk menjadikan Perhimpunan Agung Umno (PAU) sebagai medan untuk membatalkan “jajaran asal” yang telah “berkali-kali” diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi parti.

“Akibatnya, berlakulah pertembungan dua aliran pemikiran dalam kalangan pemimpin dan bahagian bahagian.

“Jajaran baharu yang condong kepada kerjasama dgn PH, (dan) jajaran asal yang condong kepada kerjasama dgn PN,” kata Annuar, yang juga ketua Umno Ketereh.

Tahun lalu, dilaporkan 147 daripada 191 bahagian Umno menolak kerjasama dengan PPBM pada pilihan raya akan datang, dan hanya akan menyokong kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan.

Terbaharu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan pendirian sama, walaupun Umno Perlis dan Sabah mungkin memutuskan untuk berbuat sebaliknya.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/21/7-sebab-umno-berpecah-kerana-isu-pn-menurut-annuar-musa/