Panas !!! Annuar Musa beri bayangan Ismail bakal kerjasama pembangkang

Annuar Musa

Annuar Musa menjangkakan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan membuat kerangka kerjasama dengan parti-parti pembangkang bagi mewujudkan kestabilan dalam negara.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata kerjasama itu penting walaupun bukan dalam bentuk kerajaan, tetapi membolehkan pembangkang memainkan peranan mereka.

“Saya rasa Perdana Menteri sudah tentu mahu satu barisan bentuk kestabilan dari segi hubungan parti-parti politik.

“Kemungkinan Ismail akan menyusuri beberapa langkah yang membolehkan satu bentuk kerjasama dengan pihak-pihak pembangkang, memandangkan kerajaan cuma ada 114 sokongan, bagi membentuk kerajaan pimpinan,” katanya dalam satu wawancara bersama Astro Awani.

Terdahulu, Ismail mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

annuar musa

Sultan Abdullah memberi perkenan terhadap pelantikan itu yang selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan.

Semalam, Istana Negara dalam kenyataannya mengumumkan pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri selepas 114 Ahli Dewan Rakyat mencalonkannya, sekali gus mendapat jumlah majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Ismail yang juga Naib Presiden Umno dilantik sebagai Perdana Menteri baharu menggantikan Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada Isnin lalu.

Dalam pada itu, Annuar berkata kerjasama itu juga akan membolehkan kerajaan di bawah pimpinan Ismail berbeza dengan kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Katanya, pendekatan itu dilihat lebih sederhana bagi mewujudkan platform kepelbagaian parti memainkan peranan dalam kerajaan pimpinan Ismail.

“Saya percaya ucapan sulung Ismail esok kepada rakyat dan negara tidak panjang.

“Di peringkat permulaan lebih ucap terima kasih dan ajak semua rakyat bersatu padu dan beri dokongan serta sokongan kepada Perdana Menteri melaksanakan tugas-tugasnya,” katanya.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/21/annuar-musa-jangka-ismail-bentuk-kerjasama-dengan-parti-pembangkang-wujudkan-kestabilan/

 

BACA JUGA :

Ismail Sabri ziarahi Muhyiddin di kediamannya

Panas !!! Rafizi tegur Pakatan Harapan, jangan jadi jaguh di Parlimen sahaja

Annuar Musa beri bayangan kabinet yang hampir sama bakal dibentuk