Panas !!! Angkat sumpah awal pagi, pemimpin Umno Melaka sahkan wujud ‘gelora’

Kisah angkat sumpah jam 1 pagi mempunyai misteri tersendiri.

Menurut laporan Utusan, Ketua UMNO Bahagian Jasin mengesahkan angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Melaka Ke-13 lewat malam itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak.

“Memang ada gelora yang berlaku kerana ada pihak nak menjadi Ketua Menteri seperti yang dikhabarkan dan ini perkara biasa dalam politik.

“Ini perkara biasa kerana ahli yang berhormat apabila menang pilihan raya semua mereka mempunyai cita-cita tersendiri untuk menjadi Ketua Menteri.

“Apa yang membanggakan saya, janji parti untuk melantik Sulaiman sebagai Ketua Menteri telah ditunaikan. UMNO Bahagian Jasin tetap berdiri teguh dan akan mempertahankan keputusan yang dibuat ke atas Sulaiman,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

angkat sumpah

Gelora tersebut difahamkan ada kaitan dengan Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka Ke-13 yang berlangsung di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam kira-kira pukul 12.58 tengah malam tadi dan dilangsungkan secara tertutup.

Yang turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sulaiman, 55, sebelum ini telah dinamakan sebagai calon Ketua Menteri jika BN menang pada PRN Melaka.

Ini adalah kali kedua beliau dilantik sebagai Ketua Menteri selepas pertama kali dilantik ke jawatan itu pada tahun lalu.

 

BACA JUGA :

Tuan Ibrahim ucap syukur walaupun Pas tewas di PRN Melaka

Gempar !!! Setelah menang bergaya di Melaka, Umno beri bayangan mahu PRU tahun ini juga

Gempar !!! Gerak 98 dedah kenapa PKR kalah semua kerusi di Melaka

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Angkat sumpah awal pagi, pemimpin Umno Melaka sahkan wujud ‘gelora’ […]