Panas !!! Anak bekas MB tegur anak MB Terengganu sekarang, jangan mudah nak sampahkan rakyat…

Panas !!! Anak bekas MB tegur anak MB Terengganu sekarang, jangan mudah nak sampahkan rakyat…

Ada kawan hantar posting anak MB kita yg menerima pelbagai reaksi terutama atas tulisan #rakyatsampah beliau, menceritakan ramainya rakyat cuba mengambil peluang melalui adik beradik beliau keatas kedudukan ayahnya, meminta bantuan dan sumbangan tanpa henti seoalah-alah ayahnya itu ATM…dan lain-lain…

Hak anak ni melepas ‘hawa’…hak dia untk menulis apa saja pandangan dan perasaan beliau..

Ginilah…pokcik ni pun pernah jadi anak MB Trg…25 tahun. Dari umur 7 tahun sampai 32 tahun. Anak ni baru 3 tahun je jadi anak MB.

Pokcik pun sempat juga berkhidmat pada rakyat 10 tahun.

Ayah pokcik sepanjang kehidupan dia bekerja untk rakyat. Cuma mengajar 2 tahun je di Sekolah Arab Zainal Abidin, lepas tu terus jadi wakil rakyat.

Rakyat adalah segala-galanya. Kita dipuji, dikeji, menang atau kalah, jangan salahkan rakyat. Mungkin ada kelemahan kita.

Yg penting buat yg terbaik.

Pokcik dan adik-beradik dipesan oleh Mama dan Baba, bila rakyat mintak tlg, tanggungjawab kita untk sampaikan. Ada yg layak tlg ada yg tak layak. Ada yg genuine ada yg menipu. Majoritinya memang betul mereka perlukan bantuan. Bersangka baiklah.

Memang rakyat yg susah anggap kita sebagai ATM. Ibu yg kematian suami, anak 5 bersekolah, keluarga semua dhaif..mana lagi nak mintak bantuan kalau bukan ATM wakil rakyat dan selepas itu JKM dan Maidam.

PIBG sekolah-sekolah yg di pedalaman, berapa sangatlah dpt kumpul sumbangan dari mak ayah untk prgrm anak2. ATM wakil rakyat akan bantu.

Apatah lagi kalau kita MB…pesakit perlu byr rawatan segera, balairaya rosak, jalan rosak, surau dah tersungkur, ATM MB akan diguna. (ATM MB dan wakil rakyat sebenarnya datang dari rakyat jugak sebab gaji dan peruntukan datang dari hasil mahsul negeri-milik rakyat)

Kita sebagai anak2 adalah cerminan ayah dan mak kita, walaupun ianya tak adil. Tak perlu jadi malaikat, tapi cubalah stay out of trouble. Memang Iman tak dapat diwarisi. Ada je antara anak2 yg tak berapa menjadi walaupun mak ayah baik. Itu cabaran mak ayah dari Allah.

Betul ramai yg tiba2 baik dgn kita untk guna ayah kita. Ada yg tawar kita saham di syarikat tersenarai, jadi Pengerusi syarikat dll untk ambik peluang dengan ayah kita
Pandai2 lah kita tolak.

Pokok pangkalnya, tak payahlah blame dan salahkan org lain terutama rakyat.

Ayah kita naik kerana rakyat.

Bila ayah dan mak kita diangkat menjadi pemimpin, memang nak taknak kita ada tanggungjawab.

Pokcik dan adik beradik lalui apa yg anak ni lalui. Tapi pendekatan kita berbeza. Perasaan empati, belahkasihan dan bersangka baik jadi sandaran utama. Arwah Mama selalu pesan “jaga nama baik Baba…” masih terngiang-ngiang ditelinga sampai sekarang.

25 tahun kami lalui.

Pokcik faham perasaan anak ni.

Banyak bersabar.

Mungkin boleh pakai pesan arwah Mama Pokcik tu.

Wallahu a’lam.

Sumber: