Panas !!! Aksi wira rider Foodpanda ini bantu polis tangkap perompak curi tumpuan netizen

Panas !!! Aksi wira rider Foodpanda ini bantu polis tangkap perompak curi tumpuan netizen

Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat rider Foodpanda seolah berada di mana sahaja dalam hampir semua video yang tular di jalan raya. Tidak hanya berusaha keras mencari rezeki dengan menghantar makanan kepada para pelanggan, gelagat mereka yang pelbagai buatkan pekerjaan ini menjadi unik.

Terbaharu, tular di Facebook menerusi perkongsian Mohd Fhadzrull Nazzmie pada Facebook Group Foodpanda Rider Malaysia di mana seorang rider Foodpanda yang sedang menunggang motosikal berjaya membantu pihak polis menangkap perompak yang sedang berlari ke arah belakang beliau.

Apa yang menarik perhatian netizen serta membuatkan orang ramai lebih teruja adalah gaya bersahaja beliau yang tenang mengundur motosikal beliau dalam menyekat pergerakan perompak.

Para netizen nampaknya turut mengulas mengenai tindakan pantas rider berkenaan. Tidak kurang juga yang berpendapat rider ini wajar diberikan batch 1 atas keberanian beliau membantu pihak polis mendapatkan perompak. Berikut antara komen netizen mengenai video ini.

Screen Shot 2021-06-04 at 11.19.55 AM

Screen Shot 2021-06-04 at 11.19.45 AM

Screen Shot 2021-06-04 at 11.19.31 AM

Tahniah kami ucapkan atas keberanian rider berkenaan. Contoh yang ditunjukkan berjaya membuktikan pihak mereka bukan sekadar mencari rezeki menghantar makanan semata-mata malah turut bekerjasama bersama pihak polis dalam mengelakkan orang ramai daripada ancaman jenayah.

Berita Penuh : https://www.thevocket.com/rider-foodpanda-sekali-lagi-muncul-hero-kali-ini-bantu-polis-tangkap-perompak/