Panas !!! Ahli MKT Umno cadang bentuk Kerajaan Perpaduan

Media

Dengan Muhyiddin Yassin di ambang meletak jawatan sebagai perdana menteri, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Johari Ghani menggesa parti-parti politik mengorak langkah untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

“Realitinya, tiada satu pun gabungan politik yang ada sekarang mempunyai majoriti mudah di Dewan Rakyat. Juga, tidak ada sesiapa cenderong mahukan pilihan raya umum diadakan dalam keadaan sekarang,” kata bekas menteri kewangan kedua itu.

“Hakikat adalah, tidak ada calon perdana menteri yang nyata dalam scenario semasa,” kata beliau kepada FMT.

Justeru, hanya untuk negara maju ke hadapan, parti-parti politik mesti tampil membentuk kerajaan perpaduan, dipimpin seorang Ahli Parlimen yang diterima oleh semua, katanya.

Pada masa sama, Umno harus bersedia untuk sebarang kemungkinan, termasuk menjadi sebahagian blok pembangkang sebelum pilihan raya umum diadakan.

umno

“Memainkan peranan semak dan imbang kepada pentadbiran seterusnya, akan membolehkan Umno memulihkan kredibilitinya di kalangan rakyat,” kata Johari.

“Semua perbincangan berhubung pelantikan perdana menteri dan anggota Kabinet mesti dirunding antara parti-parti berkenaan. Presiden dan Timbalan Presiden Umno harus mengetuai rundingan ini bagi pihak parti,” kata Johari.

Beliau menegaskan Ahli Parlimen Umno tidak harus dibenarkan menyertai rundingan jawatan tertinggi itu atas kapasiti peribadi mereka.

“Parti mesti sentiasa diutamakan,” katanya. “Setiap keputusan mesti dibuat oleh MKT dan setiap ahli parti harus mendokong selain mematuhi keputusan berkenaan,” kata beliau.

Johari berkata, secara peribadi, beliau berpandangan Umno tidak harus lagi bertolak ansur terhadap Ahli Parlimen parti yang ingkar keputusan MKT, tidak kira apa jua alasan yang diberikan.

Mengenai kerajaan perpaduan yang dicadangkan, beliau berkata tanggungjawab pertama parti-parti politik adalah mencapai konsensus mengenai tempoh pemerintahan dan misi kerajaan.

‘Saya berpandangan, kerajaan perpaduan harus ditubuhkan sebagai pentadbiran interim bagi tempoh tidak melebihi 12 bulan, dan tertakluk kepada pilihan raya umum diadakan,” katanya.

Beliau berkata usaha menubuhkan kerajaan perpaduan harus fokus kepada empat bidang – pandemik Covid-19, kebajikan rakyat, pengurusan kewangan kerajaan dan pemulihan ekonomi.

Beliau berkata strategi pengurusan wabak Covid-19 harus memberi keutamaan kepada mencapai imuniti kelompok dengan mempercepatkan program imunisasi kebangsaan.

Kerajaan baharu, menurut beliau, harus telus dalam pengurusan dan pengagihan vaksin.

“Pada masa sama, kerajaan baharu juga mesti memberikan keutamaan kepada kebajikan rakyat yang sengsara sepanjang pandemik kerana urus tadbir yang tersasar,” kata beliau.

Johari juga menegaskan kerajaan baharu menguruskan kewangan awam dengan efisien dan telus serta memberi keutamaan kepada penambahbaikan sistem kesihatan awam.

Selain itu, usaha harus dilipatgandakan untuk memulihkan ekonomi dengan membenarkan perniagaan dibuka semula dengan garis panduan ketat untuk mengekang Covid-19.

Beliau mencadangkan penubuhan badan petugas ekonomi merangkumi pakar pelbagai bidang yang akan mengambil tindakan untuk menangani masalah dan mengisi keperluan pelabur dan masyarakat peniaga.

Johari berkata semua Ahli Parlimen Umno harus mengutamakan kepentingan negara pada setiap masa.

“Kita tidak boleh mengulangi kesilapan sepanjang 17 bulan lalu yang menyaksikan negara kehilangan semua kelebihan ekonominya kerana kerajaan Perikatan Nasional tidak cekap dan tiada kestabilan politik,” kata beliau.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/15/ketepikan-kepentingan-peribadi-dalam-membentuk-kerajaan-baharu-kata-johari/

 

BACA JUGA :

Jazlan tak tahu ada pertemuan MP Umno, serah kepada Agong buat keputusan

Gempar !!! Pembangkang sepakat calon PM, bakal bertambah bilangan beberapa MP

Pemimpin boleh bincang dengan pihak lawan jika dapat restu PH