Panas !!! Ahli ekonomi dedah kesan berantai jika PKS tidak dibantu

Panas !!! Ahli ekonomi dedah kesan berantai jika PKS tidak dibantu

Ahli ekonomi dedah kesan berantai jika PKS tidak dibantu

Seorang ahli ekonomi memberi amaran bahawa kerajaan mesti memastikan kelangsungan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kerana dikhuatiri kegagalannya menyebabkan “kesan domino” terhadap ekonomi.

Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia berkata, PKS adalah kedua-dua pembeli dan penjual, membeli bekalan seperti barangan dapur, bahan, bahagian dan komponen untuk dijual semula, sementara turut menjadi pembekal kepada syarikat lebih besar.

Ahli ekonomi dedah

Katanya, jika PKS gulung tikar, ia tidak akan dapat membeli daripada pembekal borong dan ini akan mengurangkan pilihan syarikat lebih besar untuk mendapatkan bahagian yang diperlukan.

“Syarikat yang lebih besar mungkin juga akan pergi ke luar negara (untuk mendapatkan bekalan), jadi ini menjadi kerugian tetap bagi pembekal tempatan,” katanya sebagai tindak balas terhadap laporan Bank Dunia mengenai masalah aliran tunai yang dihadapi PKS.

Menurut laporan tersebut, median syarikat Malaysia hanya mempunyai aliran tunai cukup untuk dua bulan sementara syarikat secara purata mempunyai cukup untuk kira-kira 4.9 bulan.

Geoffrey Williams.
Williams berkata, secara amnya PKS tetap rentan walaupun dengan bantuan kerajaan kerana mereka sangat bergantung kepada hasil.

“Jadi jika mereka tiada pelanggan, mereka tiada pendapatan,” katanya.

Tambahnya, PKS memiliki simpanan tunai yang sangat sedikit, “selalunya (cukup) tidak lebih daripada beberapa bulan”, sementara inisiatif kerajaan seperti subsidi upah terlalu kecil dan terlalu rumit untuk dimohon.

Ia juga tidak relevan dengan keperluan PKS seperti geran e-dagang.

“Geran terbaru hanya RM1,500 dan itu tidak dapat menanggung kos asas seperti sewa,” kata Williams.

Beliau meminta agar geran tanpa syarat diberikan kepada PKS untuk dibelanjakan mengikut keperluan perniagaan mereka.

“Biarkan pemilik perniagaan membuat sendiri keputusan,” katanya.

Persatuan PKS Malaysia bersetuju bahawa akan ada kesan domino jika sektor PKS runtuh.

Presidennya Michael Kang berkata, “jika kami gagal, seluruh rantaian bekalan juga akan gagal.”

Perusahaan kecil mesti dibenarkan beroperasi untuk memastikan sektor ini bertahan semasa krisis Covid-19, katanya kepada FMT.

Jika tidak, ini akan membatalkan fungsi bantuan yang dihulurkan kerajaan pada masa lalu bawah inisiatif berbeza.

“Jika kami tidak diizinkan beroperasi, tidak akan ada aliran tunai. Bagaimana kami nak bertahan? ”

Awal bulan ini, Kang memberi amaran bahawa 50,000 lagi PKS akan gagal jika langkah perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 dilanjutkan enam bulan lagi.

Kira-kira 100,000 syarikat telah pun gulung tikar, katanya.

Ada kemungkinan juga jika PKS tidak lagi dapat meneruskan perniagaan, pengangguran akan meningkat, terutamanya dalam sektor pembuatan, tambahnya.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/29/bantu-pks-untuk-elak-kesan-domino-ahli-ekonomi-beritahu-kerajaan/

Jika Anda Terlepas:Jika pekerja lengkap dua dos, syarikat boleh operasi penuh?