Panas !!! Agong boleh lantik PM baru, kemudian disahkan di parlimen

Yang di-Pertuan Agong berkuasa melantik seorang Ahli Parlimen baharu bagi jawatan Perdana Menteri menerusi undi percaya di Parlimen, kata sarjana Sains Politik, Jayum Jawan.

Beliau berkata, selain itu Agong boleh menggunakan budi bicara untuk enolak permohonan membubarkan Parlimen tanpa memberi sebarang alasan.

“Apabila baginda menolak pembubaran Parlimen, maka Agong kena lantik seorang Ahli Parlimen yang pada pendapat baginda mempunyai kepercayaan majoriti daripada ahli Dewan Rakyat dan Perdana Menteri baharu ini perlu disahkan dalam undi percaya di Parlimen.

agong

“Keadaan itu boleh dibuat dalam kalangan Ahli Parlimen yang meragui tentang majoriti dimiliki seorang yang baharu (sebagai Perdana Menteri) dilantik ini,” katanya kepada FMT.

Jayum berkata, sekiranya Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri atau digugurkan kerana tidak mempunyai cukup majoriti, maka amat sulit proses memilih Perdana Menteri baharu.

“Ini kerana, tidak ada parti pembangkang yang mempunyai majoriti untuk menuntut jawatan ini. Pakatan Harapan (PH) ada 88 kerusi terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.

“Yang lain-lain hanya ada beberapa kerusi dan mereka bukan merupakan blok yang bersatu. Mereka bersatu di sebelah pembangkang dan dilihat sebagai blok yang tidak sokong Perikatan Nasional dan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata, andaikan Agong memperkenankan pembubaran Parlimen, kerajaan sementara atau “caretaker” perlu mencari jalan untuk mengurus hal perbelanjaan negara.

“Pembentangan bajet memang tidak dapat dijalankan seperti biasa kerana Parlimen sudah dibubarkan dan isu bajet tidak mendapat diluluskan kerana tidak mendapat sokongan majoriti tidak timbul kerana Parlimen sudah dibubarkan,” katanya.

Dalam pada itu, Jayum turut mengulas berkenaan “ikrar” Umno sebelum ini yang mengatakan ‘No Anwar, No DAP’.

“Bila cakap orang politik boleh dipegang 100%? PKR dan DAP mempunyai ramai Ahli Parlimen, berbanding banyak parti politik lain. PKR dan DAP tidak mungkin boleh diketepikan begitu sahaja dalam senario politik akan datang,” katanya.

Katanya, Umno boleh mengatakan ‘No Anwar, No DAP’, namun parti berkenaan juga tidak dapat mengawal ahlinya daripada berpecah antara yang mahu menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin dan pihak yang mahu kekal menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

“Apa pun, senario politik Malaysia kini dan seterusnya memerlukan kompromi dan kerjasama di antara pelbagai penjuru, multi parti, kerana tiada satu parti mendapat majoriti. Semua parti utama mempunyai kedudukan jumlah Ahli Parlimen lebih kurang sama banyak,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/11/lantik-pm-baharu-diabsahkan-di-parlimen-antara-pilihan-agong/

BACA JUGA : Sendat !!! Warga asing gagal patuhi SOP di PPV Grand Season