Panas !!! ADUN Selangor bakal lompat Warisan Semenanjung 17 Disember

Siapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor yang bakal menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) apabila parti itu mengembangkan sayapnya di Semenanjung 17 Disember ini masih menjadi teka-teki.

Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal hanya memberi bayangan bahawa seorang ADUN akan menjadi individu pertama yang akan menyertai Warisan Semenanjung.

“Ya… ada ADUN yang akan menyertai (Warisan)… beliau seorang YB,” katanya memberi bayangan kepada media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Warisan Bahagian Putatan, malam tadi.

ADUN Selangor bakal lompat Warisan Semenanjung 17 Disember

Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal memberi bayangan seorang ADUN di Semenanjung bakal menyertai parti itu apabila sayapnya dilancarkan pada 17 Disember ini.

Bagaimanapun, khabar angin bertiup kencang menyatakan ADUN terbabit mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Selangor mempunyai 56 ADUN meliputi 19 daripada PKR; DAP (15); masing-masing enam daripada Bersatu dan Amanah; Barisan Nasional (lima); Pejuang (tiga) dan masing-masing satu mewakili PAS dan Bebas.

Mengulas lanjut, Shafie berkata pelancaran Warisan Semenanjung pada 17 Disember ini akan memberi tumpuan kepada kawasan tertentu.

Langkah itu bagi memastikan Warisan mempunyai masa mencukupi untuk membuat persediaan di kawasan yang boleh memberi impak pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Saya akan memaklumkan jawatankuasa dan ketua di beberapa negeri. Saya sudah mempunyai senarai yang telah diberikan.

“Kita perlu bersifat selektif maka, ada kawasan yang kita tidak akan buka cawangan kerana kita tidak mempunyai masa yang mencukupi.

“Bagaimanapun, kita sudah melakukan proses yang sepatutnya. Jadi, tiada masalah untuk merealisasikannya,” kata Ahli Parlimen Semporna itu.

Menurutnya, parti itu tidak mahu melebihi had yang ada kerana PRU akan diadakan pada bila-bila masa pada tahun depan atau pada 2023.

BACA JUGA : Empat penguatkuasa ditahan kes samun minuman keras
Gempar !!! Kes pertama Covid-19 dikesan libatkan VTL darat Malaysia-Singapura

Artikel ini disiarkan pada 29/11/2021

COMMENTS

Wordpress (0)