Adakah PM ada sokongan mencukupi?, Ini jawapan Zafrul

Adakah PM ada sokongan mencukupi?, Ini jawapan Zafrul

Adakah PM ada sokongan mencukupi?, Ini jawapan Zafrul. Negara ini tidak perlu melalui krisis politik kerana kita sudah pun berdepan krisis berganda membabitkan ekonomi dan kesihatan, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Dalam wawancara bersama South China Morning Post (SCMP) beliau mengakui situasi politik semasa “kurang ideal”.

“Jika dilihat kedudukan kita ketika ini, jujurnya secara politik, ia kurang ideal,” katanya.

Beliau ditanya sama ada PM Muhyiddin Yassin memiliki sokongan yang mencukupi daripada Ahli Parlimen untuk bertahan dalam undi tidak percaya.

Beliau berharap parti politik boleh bekerjasama pada masa hadapan, selain menambah bahawa beliau memilih kedudukan neutral dalam politik dan tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang.

PM

Mengenai defisit kepercayaan terhadap kerajaan semasa, Zafrul berkata, beliau bersikap “optimistik secara berhemah” sama ada kerajaan dapat mencapai matlamat dalam memerangi wabak Covid-19.

Katanya, ia bergantung kepada cara pelaksanaan rancangan sedia ada.

“Kita kata boleh capai sehingga 200,000 … 300,000 (atau) 400,000 (vaksinasi sehari) dalam tempoh beberapa minggu dan kita sudah mencapainya.

“Tetapi apabila kita mula-mula umum, rakyat was-was dan sangka kita tak dapat mencapainya,” katanya.

Vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini mencapai purata lebih 400,000 dos sehari sejak minggu lalu, setelah beberapa bulan menunjukkan perkembangan perlahan.

Zafrul memberi jaminan bahawa semua Ahli Parlimen akan dapat mengajukan soalan berkenaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam sidang Parlimen yang dijadualkan bermula pada 26 Julai.

Beliau juga bercakap mengenai rancangan seterusnya untuk mengadakan mesyuarat kali kedua dengan pihak pembangkang minggu ini untuk memahami cadangan mereka.

Katanya, perbincangan minggu lalu “sangat produktif”.

Sebelum ini dilaporkan Menteri Kewangan itu mengadakan perbincangan dengan pemimpin PKR dan beberapa ahli pembangkang lain seperti bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

“Bagi orang seperti saya yang sedang cuba merangka pelan pemulihan, amat penting untuk mendengar (cadangan),” katanya.

Mengenai kritikan bahawa kerajaan gagal menyediakan bantuan secukupnya, Zafrul berkata, beliau bersikap berlapang dada.

“Saya rasa tiada sesiapa pun tahu apakah yang perlu dilakukan. Tiada peraturan atau buku teks yang boleh saya rujuk,” katanya.

“Jadi amat penting untuk kita lakukan yang terbaik …(dan) kita semua bersatu untuk memerangi Covid-19.”

Sementara itu, beliau menjangkakan kadar pengangguran akan meningkat lebih tinggi berbanding rekod 5.3% pada Mei.

Kementerian Kesihatan (KKM) mencatatkan 10,710 kes baharu Covid-19 dengan rekod tertinggi kematian sebanyak 153 kes semalam.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/19/negara-tak-perlu-krisis-politik-ketika-ini-kata-tengku-zafrul/

Jika Terlepas: PRU tak sesuai dibuat sekarang, kata Nik Amar