Panas !!! Ada ahli parlimen akan ‘Uturn’ menjelang undi percaya?

Ada ahli parlimen akan ‘Uturn’ menjelang undi percaya. Penganalisis berpandangan bahawa tidak mungkin mana-mana daripada 114 Ahli Parlimen yang menyokong Ismail Sabri Yaakob yang baru saja dilantik sebagai perdana menteri, akan mengubah pendirian mereka dalam usul undi percaya di Dewan Rakyat.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura dan Felo Majlis Professor Negara Jeniri Amir berkata Malaysia boleh mendapat jaminan untuk mempunyai kerajaan yang stabil bagi tempoh beberapa ketika.

Bercakap kepada FMT, mereka berkata Yang di-Pertuan Agong secara peribadinya telah mengesahkan dengan Ahli Parlimen yang memilih Ismail sebagai calon mereka.

Oh berkata Istana Negara secara jelas menyebut bahawa sokongan diberikan oleh 114 Ahli Parlimen terhadap Ismail itu adalah peringatan halus kepada mereka untuk berpegang kepada janji masing-masing.

Oh Ei Sun.
Katanya, dia tidak percaya bahawa mana-mana daripada mereka berani untuk mengingkari Agong.

ahli parlimen

Jeniri berkata tindakan melanggar janji itu akan memberi imej buruk kepada mereka.

Bagaimanapun katanya, cara terbaik untuk Ismail mendapatkan jaminan kestabilan politik ketika pemerintahannya ialah menerusi perjanjian kepercayaan dan perbekalan dengan pembangkang.

Dia berkata kerajaan pimpinan Ismail harus mempertimbangkan cadangan pembaharuan yang dibuat oleh penyandang sebelum ini, Muhyiddin Yassin sebelum peletakan jawatan.

“Beliau harus melaksanakan cadangan ini secara ikhlas, bukan hanya untuk kestabilan politik tetapi kebaikan negara,” katanya.

“Cukuplah bermain politik. Jalan untuk ke hadapan ialah dengan menyatukan semua dan bekerjasama demi kebaikan negara untuk menangani masalah yang dihadapi ketika ini.”

Pada Rabu, Istana Negara berkata Agong bertitah perdana menteri yang dilantik hendaklah membentangkan usul undi percaya di Dewan Rakyat bagi mengabsahkan individu terbabit mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Muhyiddin yang meletakkan jawatan pada Isnin, dijadualkan mengemukakan usul undi percaya pada 7 September dalam sidang Parlimen yang akan disambung semula itu.

Jeniri Amir.
Dalam ucapan khas sebelum peletakan jawatan, beliau mencadangkan beberapa pembaharuan yang akan dilakukan sekiranya menang undi percaya itu dengan sokongan pembangkang.

Ini termasuk mengehadkan tempoh penggal perdana menteri, tawaran faedah kepada ketua pembangkang setara menteri kanan dan menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun.

Muhyiddin turut berkata semua Ahli Parlimen akan menerima peruntukan tahunan yang sama tanpa mengira fahaman politik dan peruntukan Ahli Parlimen pembangkang pada 2021 dinaikkan secara prorata mengikut jumlah bulan yang berbaki tahun ini.

Ditanya sama ada Bersatu boleh mengancam kerajaan Ismail, Jeniri berkata ini bergantung kepada bagaimana beliau melayan parti penyandang itu.

Dia berkata ia adalah tindakan adil untuk memberikan jawatan timbalan perdana menteri kepada Bersatu dan satu perbincangan terbuka mengenai perkara itu perlu dilakukan.

Katanya, Umno juga tidak boleh membuat terlalu banyak permintaan.

“Pada masa sama, Bersatu harus bekerjasama dengan Ismail dan tidak menggunakannya sebagai peluang untuk membalas dendam kepada Umno. Parti tidak akan rugi apa-apa dengan memberikan sokongan penuh kepada Ismail.”

Jeniri berkata saiz Kabinet juga harus dikecilkan.

“Ia perlu menjadi Kabinet yang benar-benar efisyen dan berfungsi.”

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/21/tak-mungkin-ahli-parlimen-u-turn-tarik-sokongan-kata-penganalisis/

BACA: Pertemuan dengan Ismail Sabri malam tadi, MP Umno akhirnya buka mulut