Panas !!! 26 murid lelaki jadi mangsa liwat, cabul guru pondok

Jumlah mangsa kes cabul murid lelaki melibatkan guru pondok pesantren di Ogan Ilir, Sumatera Selatan yang terbongkar sejak Selalu lalu, dilaporkan bertambah.

CNN Indonesia melaporkan, berdasarkan hasil siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Umum Polis Sumatera Selatan, ketika ini diketahui jumlah mangsa kes pedofilia itu seramai 26 orang, sebelumnya cuma 12 orang murid.

Pengarah Jenayah Polis Sumatera Selatan, Hisar Siallagan menjelaskan, pihaknya telah membuat pos aduan mengenai kes tersebut kerana meramalkan akan ada lagi mangsa tampil membuat aduan.

26 murid lelaki jadi mangsa liwat, cabul guru pondok

Jelasnya, setakat ini ada tambahan 14 mangsa yang ditemani keluarga tampil membuat aduan atas kes cabul berkenaan.

“Hingga kini, jumlah mangsa yang diketahui adalah 26 kanak-kanak. Dari 26 orang, 11 daripadanya diliwat. Sementara yang lain dianiaya,” kata Hisar.

Semalam, polis menahan seorang guru sekolah pondok selepas didakwa mencabul 12 murid bawah umur.

Kes itu terbongkar selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis.

Berdasarkan keterangan saksi, enam orang mendakwa diliwat manakala lainnya dicabul.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/09/jumlah-mangsa-cikgu-pondok-cabul-murid-lelaki-jadi-26-orang/

BACA JUGA : Gempar !!! Azalina luah kekecewaan terhadap MoU Kerajaan-PH, ini sebabnya..