Panas !!! 2 mesyuarat libatkan Umno batal, krisis Umno Bersatu meruncing

Panas !!! 2 mesyuarat libatkan Umno batal, krisis Umno Bersatu meruncing

Dua mesyuarat yang dianggap penting bagi menentukan nasib dan masa depan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan PN sebagai kerajaan dibatalkan. Mesyuarat itu ialah mesyuarat Mufakat Nasional (MN) dijadualkan diadakan semalam, dan satu lagi mesyuarat MT Umno yang dijadualkan diadakan di Janda Baik(?) hari ini.

Alasan mesyuarat MN menurut Annuar Musa kononnya atas nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN), menakala pembatalan mesyuarat MT Umno menurut Ahmad Maslan kerana Lembah Kelang di bawah PKPB.

Kedua-dua alasan itu tidak masuk akal, kerana bila masa orang politik akur dengan kepentingan umum. Lagipun apa kena mengena dengan PKPB yang masih membolehkan pergerakan dilakukan cuma terhad. Begitu juga dengan MKN apa kena mengena dengan MKN dalam urusan politik, melainkan mesyuarat MN itu untuk menggerakkan gerakan subervesif untuk mengugat negara.

Apa yang kita nampak pembatalan itu kerana takut dengan bayang-bayang gelap yang akan menjelma berhubung dengannya. MT Umno dikatakan akan bersemuka dengan anggota majlis itu bagi memuktamadkan penarikan sokongan kepada kerajaan PN.

Manakala mesyuarat MN pula berkaitan hal yang sama. Soalnya di sini siapakah yang menjadi peyebab kedua-dua mesyuarat itu dibatalkan? Hanya ada dua individu sahaja, Muhyiddin dan Zahid Hamidi kerana kedua mereka itulah kini sedang bertembung antara satu sama lain untuk menyelamatkan diri.

Muhyiddin untuk selamat diri daripada malu apabila kerajaannya jatuh, manakala Zahid sedang berusaha untuk mengelakkan ke penjara. Dua masalah ini penting buat mereka, bukan buat rakyat.

Senario ini jelma bertolak daripada sokongan Umno kepada Anwar Ibrahim untuk jadi perdana menteri. Walaupun ada penafian daripada beberapa ekor badut politik Umno tetapi realiti dialami itu betul.

Muhyiddin kini sangat terdesak. Nyawa politiknya terletak ditangan Zahid Hamidi. Umno dikuasai oleh Zahid Hamidi walaupun ada orang lain yang cuba hendak jadi “minduk” kepada Umno. Sampai bilakah keadaan tarik tali antara Zahid dan Muhiyiddin akan berterusan.

Yang pastinya tali yang ditarik itu walaupun didorong, dikendurkan dan ditarik ia tetap tegang dan akan menemui masanya untuk putus. Kita penonton diharap sabar menunggu.

Sumber :

Kudapan Pagi. MUHYIDDIN SEDANG BERTEMBUNG DENGAN ZAHIDDua mesyuarat yang dianggap penting bagi menentukan nasib dan…

Posted by Anwar Ibrahim PM Rakyat on Monday, October 19, 2020