Pakej rangsangan bernilai AS$ 2.2 trilion, paling besar dalam sejarah Amerika

Pakej rangsangan bernilai AS$ 2.2 trilion, paling besar dalam sejarah Amerika

Dagangan saham Wall Street menurun pada hari Jumaat, mengakhiri kenaikan tiga hari berturut-turut selepas kebimbangan mengenai nasib ekonomi Amerika Syarikat (AS) kembali mempengaruhi sentimen pasaran apabila jumlah kes Covid-19 di negara itu terus meningkat.

Bursa saham AS menambah kerugiannya pada lewat sesi urus niaga, walaupun selepas Dewan Perwakilan negara itu meluluskan pakej rangsangan bernilai AS$ 2.2 trilion – yang paling besar dalam sejarah Amerika – untuk membantu rakyat dan syarikatnya menangani kemelesetan ekonomi akibat wabak koronavirus dan segera menyediakan hospital dengan bekalan perubatan yang diperlukan.

AS telah mengatasi China dan Itali sebagai negara yang mempunyai paling banyak kes Covid-19. Jumlah kes yang disahkan di AS melepasi angka 100,000, dengan jumlah kematian melebihi 1,600.

“Kami masih belum sepenuhnya memahami tahap impak ekonomi (wabak ini),” kata Massud Ghaussy, penganalisis kanan di Nasdaq IR Intelligence di New York.

“Pada masa ini, daripada perspektif pembuat dasar, ia keseimbangan relatif antara menguruskan penyebaran virus dan membuka semula ekonomi.”

Selepas pasaran saham ditutup pada Jumaat, Presiden Donald Trump menandatangani pakej rangsangan itu menguatkuasakannya menjadi undang-undang.

Rang undang-undang itu, bersama dengan pelonggaran dasar sebelum ini oleh (bank pusat AS) Federal Reserve, membantu peningkatan S&P 500 (iaitu 500 syarikat besar AS) sebanyak 10.2 peratus untuk minggu ini, minggu terbaik sejak 2009.

Tetapi penanda aras pasaran saham Amerika Syarikat masih turun kira-kira 25 peratus, berbanding dari bulan Februari yang tinggi.

Dalam prestasi tiga hari terbaik semenjak 1931, indeks Dow melonjak 21 peratus dalam tiga hari berturut-turut sehingga hari Khamis, mendorong pembelian pada harga saham tinggi, menurut definis yang digunakan secara meluas.

Walaupun selepas penurunan hari Jumaat, bursa saham Dow ditutup pada paras 12.8 peratus lebih tinggi, minggu terbaik sejak tahun 1938.

Bagaimanapun, ramai pelabur melihat risiko kuat pasaran boleh merudum sekali lagi apabila jangkitan koronavirus meningkat dan mengorbankan lebih banyak nyawa.

“Minggu depan bergantung kepada apa yang berlaku pada hujung minggu ini,” kata Lindsey Bell, ketua strategi pelaburan di firma Ally Invest.

“Sekiranya terdapat kenaikan besar kes-kes koronavirus pada hujung minggu di New York dan negeri-negeri lain serta sistem hospital terus sesak, maka saya fikir ia akan menjadi satu minggu yang sukar bagi pasaran (saham).”

3 juta pengangguran

Petunjuk makroekonomi memberikan gambaran tentang kemusnahan ekonomi akibat krisis ini kerana penutupan bandar-bandar utama menjejaskan kehidupan berjuta-juta rakyat Amerika.

Sentimen pengguna AS jatuh ke paras terendah sejak tiga setengah tahun pada Mac, menurut tinjauan yang dikeluarkan pada Jumaat, sehari selepas data menunjukkan rekod tuntutan pengangguran melonjak sebanyak 3 juta pada minggu lalu.

Indeks Purata Perindustrian Dow Jones merosot 4.06 peratus kepada 21,636.78 mata manakala S&P 500 turun 3.37 peratus kepada 2,541.47 mata.

Indeks Komposit Nasdaq pula turun 3.79 peratus kepada 7,502.38.

Jumlah dagangan di bursa AS ialah 13.4 bilion saham, paling rendah sejak 5 Mac, menurut data Refinitiv.

Delta Airlines, American Airline dan United Airlines jatuh antara 6 peratus dan 11 peratus memandangkan Setiausaha Perbendaharaan AS Steve Mnuchin berkata bantuan yang ditetapkan untuk syarikat penerbangan dalam pakej rangsangan bukanlah bantuan suntikan dana dan pembayar cukai perlu diberi pampasan.

Boeing Co merosot 10 mata, tetapi masih meningkat lebih daripada 70 peratus untuk minggu ini, selepas Mnuchin berkata pembuat dasar kerajaan tidak berhasrat untuk menggunakan wang persekutuan.

Indeks perbankan turun 4.6 peratus, menjejaki perkembangan Perbendaharaan AS apabila pelabur mencari jaminan dalam aset berkualiti tinggi.

Indeks tenaga merupakan perolehan terbesar yang rugi di kalangan 11 sektor utama S&P, yang turun 6.9 peratus, berikutan kejatuhan harga minyak.

Isu-isu menjatuhkan melebihi jumlah yang memajukan di bursa NYSE dengan nisbah 3.17 kepada 1; pada indeks Nasdaq, nisbah 2.98 kepada 1 cenderung menyebelahi penurunan.

S&P 500 mencatatkan satu kenaikan baru dalam 52 minggu saham diniagakan tinggi dan satu lagi penurunan baru; indeks Komposit Nasdaq merekodkan sembilan kenaikan baru dan 39 paras terendah baru.

Berita penuh :https://www.malaysiakini.com/news/517290

COMMENTS