“Pakcik tua jual sayur sampai layu tiada yang beli, tengah panas pulak”

“Pakcik tua jual sayur sampai layu tiada yang beli, tengah panas pulak”. Warga Emas Jual Sayur Tepi Jalan, Di Tengah Panas Undang Sebak

Tidak kira hujan atau panas, individu yang perlu menyara keluarga terpaksa gagahkan kudrat untuk mencari rezeki walaupun sangat sukar dalam tempoh pand3mik yang masih melanda sehingga ini.

Seorang lelaki warga emas juga turut melalui hal yang sama berikutan keperluan hidup. Demi menyara kehidupan, pakcik ini mencuba nasibnya menjual pelbagai jenis sayur di bahu jalan berhampiran kawasan Kampung Lahar Yooi, Tasek Gelugor.

"Pakcik tua jual sayur sampai layu tiada yang beli, tengah panas pulak"

“Pakcik tua jual sayur sampai layu tiada yang beli, tengah panas pulak”

Kisah tersebut dikongsi seorang pengguna laman Facebook, Nur Aina di mana dia menyeru pertolongan orang ramai berdekatan lokasi itu agar singgah dan bantu pakcik ini dengan membeli jualannya.

Lebih menimbulkan rasa simpati apabila pakcik itu menjual di tengah panas terik matahari namun begitu tiada pelanggan yang singgah membeli.

"Pakcik tua jual sayur sampai layu tiada yang beli, tengah panas pulak"

“Katanya tinggal di Penanti dan selalu berniaga pasar malam tapi disebabkan pand3mik yang melanda , dia dah tak boleh berniaga,”tulis Nur Aina.

Walau bagaimanapun, kemaskini pada posting tersebut mengatakan jualan pakcik berkenaan telah habis diborong oleh insan yang baik hati.

Rata-rata warganet turut kasihan dan mendoakan agar pakcik tersebut sentiasa dimurahkan rezeki serta dilindungi Allah SWT. Terima kasih juga buat Nur Aina kerana berkongsi kisah pakcik ini kepada umum sehingga jualannya habis diborong.

Baca:

Babi selalu kacau tanaman anda? Ini 10 cara halang, confirm tak kacau dah

Rakyat Kelantan dijangka berebut buat bidaan nombor ‘DEH’ selepas JPJ buka pendaftaran

Hospital tak terima Mimi Lana masuk, ini yang terjadi