Pakcik ni dah 27 tahun kerja Petronas, terkejut dapat hadiah tak dijangka daripada bos

Pakcik ni dah 27 tahun kerja Petronas, terkejut dapat hadiah tak dijangka daripada bos. Tidak dapat dinafikan, pelbagai cara atau kaedah yang boleh digunakan oleh majikan bagi menghargai jasa serta pengorbanan yang ditunjukkan oleh pekerjanya sepanjang menabur bakti kepada syarikat.

Tidak terkecuali, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @sitinur di laman TikToknya, dia berkongsi khabar gembira itu dimana seorang pekerja yang dikenali sebagai Yusuf menerima tajaan pakej umrah sebagai tanda penghargaan telah bekerja selama 27 tahun.

“Pakej umrah untuk Yusuf yang telah berkhidmat 27 tahun di Petronas Pendang,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Dalam video itu juga, selain Yusuf, terdapat beberapa orang pekerja yang turut menerima sumbangan daripada majikan mereka atas usaha dan pencapaian yang ditunjukkan selama ini.

Baca Artikel Penuh