Pakatan Harapan & Pembebasan Palestina

PERJUANGAN Pembebasan Palestina cukup dekat di hati Amanah & Pakatan Harapan. Kami lahir, melihat, dan melalui betapa penindasan itu satu yg wajib ditentang, dalam apa jua jelmaan sekali pun.

Apatah lagi kalau kezaliman itu dipaksikan atas kuasa politik dan Kerajaan, tetap kita lawan dan tentang selamanya.

Mustakbirin moden adalah musuh utama rakyat hari ini, di mana pun sahaja.

2012 Khalid Samad berjaya masuk dan menziarahi Ghazzah membawa bantuan dari rakyat Malaysa, seterusnya menjadi tetamu Ismail Haniyyah yg pada masa itu merupakan Perdana Menteri Palestine.

2020, malam tadi, Ismail Haniyyah menziarahi Malaysia, bertemu semula Khalid Samad (Pengarah Komunikasi Amanah) selaku Menteri dalam Kerajaan Malaysia Baru hari ini.

Pertemuan kali kedua yg cukup bermakna, tidak disangka oleh kedua mereka, demi agenda perjuangan pembebasan Palestina ini.

[ malaysia baru ]Pakatan Harapan & Pembebasan PalestinaPERJUANGAN Pembebasan Palestina cukup dekat di hati Amanah &…

Posted by Ahmad Sayuti Bashiron on Friday, January 24, 2020

Moga Allah rahmati kedua pejuang ini, dan kita yg bersama mendokong perjuangan suci pembebasan bumi Al-Quds ini…

p/s –

Turut sama dalam pertemuluan 2012 itu adalah Hj Izham Hashim (sekarang Exco Selangor), Saudara Zulkefli Nani (sekarang Pegawai Menteri), Saudara Mat Arifin Ismail dan beberapa wakil NGO yg lain.

Sebaik pulang dari Palestine 2012 itu, Khalid dijemput oleh sebuah Surau di Shah Alam selepas taraweh utk berkongsi kisah perjalanan sukar menyerahkan sumbangan yg diamanahkan oleh warga Shah Alam dan masyarakat itu.

Masa itulah penguatkuasa Jabatan Agama datang dan mendakwa Khalid (Ahli Parlimen masa itu) sebagai penceramah tanpa tauliah…

Benar. Ruh perjuangan Palestina itu tegar selamanya di jiwa-jiwa pejuangnya, di mana sahaja..